Harian Metro

Ajal pekebun sawit terhumban dalam parit

-

Seorang pekerja kebun kelapa sawit maut selepas motosikal jenis Honda EX5 ditunggang­inya terbabas ke dalam parit di Batu 16, Jalan Paya Nibong, Ayer Tawar, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi, mangsa S Kartigen, 29, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas parah di beberapa bahagian anggota badan akibat kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dalam perjalanan dari arah kebun kelapa sawit ke pekan Ayer Tawar.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit di bahagian kiri jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa parah di beberapa bahagian badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung (HSM) untuk bedah siasat,” katanya.

Tengku Mohd Zailan berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa selepas terhumban ke dalam parit.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa selepas terhumban ke dalam parit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia