Harian Metro

HILANG BUMBUNG

50 rumah di 10 kampung rosak teruk akibat dilanda ribut

- Aizat Sharif am@hmetro.com.my

Sebanyak 50 rumah di 10 kampung di sekitar bandar raya ini rosak teruk akibat dilanda ribut petang semalam.

Antara kawasan terbabit adalah lapan kampung di Alor Mengkudu iaitu Kampung Alor Gandak, Alor Teja, Alor Buluh, Gelam, Padang Tani, Alor Melintang, Pagar Air dan Padang Terus dan beberapa penempatan di kawasan Derga dan Limbong.

Kejadian jam 4 petang itu menyebabka­n rumah beberapa penduduk hampir musnah apabila keseluruha­n bumbung di ruang tamu diterbangk­an angin.

Seorang penduduk Kampung Alor Teja, Mohammad Tajuddin Abdul Majid, 56, mengakui terkejut apabila ribut menerbangk­an keseluruha­n bumbung di ruang tamu sejauh lima meter hingga ke kawasan sawah di hadapan rumahnya.

“Ketika kejadian saya bersiap untuk solat Asar di masjid, tak sangka angin ribut berlaku hingga mencabut bumbung dalam masa dua minit.

“Keluarga saya tidur di dapur manakala saya pula tidur di bangsal berikutan ruang tamu rumah dibasahi hujan,” katanya, ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Mohammad Tajuddin berkata, kerugian dialaminya dianggarka­n RM30,000 membabitka­n kos membaiki bumbung dan barangan elektrik yang rosak.

Seorang lagi mangsa dari kampung sama, Munah Sahak, 78, berkata keseluruha­n bahagian ruang tamu rumah pusakanya yang berusia 100 tahun rosak selepas diterbangk­an angin.

Dia yang tinggal bersendiri­an di rumah sejak lebih 20 tahun menumpang tidur di rumah anaknya di Tandop, dekat sini, malam tadi.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Setar, Syahrul Nasir Mat Rais berkata, pihaknya memberi bantuan awal berbentuk kit bencana mengandung­i barangan keperluan asas termasuk selimut kepada 50 keluarga terbabit.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat bancian terhadap rumah yang terjejas untuk diberi bantuan susulan membaik kediaman kerana penduduk terbabit terdiri daripada golongan daif.

Pejabat Menteri Besar turut mengagihka­n bantuan segera berbentuk barangan keperluan asas menerusi Bantuan Rakyat Kedah (BARAKAH) dan wang tunai RM500 bagi meringanka­n beban mereka.

 ??  ?? MOHAMMAD Tajuddin menunjukka­n bumbung rumahnya yang tercabut dipukul ribut di Kampung Alor Teja, Mukim Tajar.
MOHAMMAD Tajuddin menunjukka­n bumbung rumahnya yang tercabut dipukul ribut di Kampung Alor Teja, Mukim Tajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia