Harian Metro

KERETA LAJU NYAWA TERBANG

- Shahrul Nizam Mohamad am@hmetro.com.my

Tiga sahabat maut dalam perjalanan

untuk selesai urusan kerja

Tiga sahabat yang dalam perjalanan menyelesai­kan urusan kerja, terbunuh selepas pacuan empat roda Toyota Hilux dinaiki hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 358, Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang mangsa, pemandu Moo Chung Hong, 32, dari Kampung Baru, Bidor, Perak dan penumpang hadapan Mohamad Nor Firdaus Ahmad, 22, dari Kampung Ulu Jelu, Dong, Raub maut di tempat kejadian.

Penumpang belakang, Hew Choo Yin, 29, berasal dari Desa Kenanga, Muadzam Shah, Rompin disahkan meninggal dunia ketika mendapatka­n rawatan di Hospital Raub (HR).

Ketua Polis Daerah Raub Superinten­dan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, seorang lagi penumpang belakang, Najid Hamdi Kamaluddin, 25, berasal dari Taman Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Simpang Kallang, dekat sini, patah tangan kanan dan luka di muka.

“Siasatan awal mendapati, ketika kejadian keempat-empat mangsa dalam perjalanan menghala ke Bentong dari Raub untuk menyelesai­kan urusan kerja,” katanya.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian Chung Hong yang dipercayai memandu dalam keadaan laju hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentang­an dan bertembung dengan sebuah lori.

Menurutnya, akibat pertembung­an itu, keempat-empat mangsa tersepit di dalam kenderaan itu sebelum dikeluarka­n sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub yang mengambil masa hampir setengah jam.

Katanya, pemandu lori Mohd Rezali Setapa, 39, berasal dari Kampung Bechah Laut Tanah Merah, Kelantan tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibebaskan selepas ujian keputusan air kencing mendapati dia bebas daripada penyalahgu­naan dadah.

Wan Mohd Zahari berkata, siasatan turut mendapati, ketika kejadian keadaan cuaca hujan lebat dan permukaan jalan basah.

“Polis meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN pikap yang terbabit nahas.
KEADAAN pikap yang terbabit nahas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia