Harian Metro

KUKUH HUBUNGAN

- Asmah Rusman asmah_rusman@hmetro.com.my

„ Putera Naruhito mahu kerjasama sektor

pendidikan Malaysia, Jepun dipertingk­at

Putera Mahkota Jepun, Putera Naruhito mahu hubungan dua hala antara Malaysia dan negara Matahari Terbit itu diperkukuh­kan lagi melalui sektor pendidikan.

Baginda bertitah, hubungan itu boleh dilaksanak­an dengan memberi penekanan kepada aspek pendidikan dan industri, sektor awam dan swasta, selain perkongsia­n ilmu antara generasi lama dan baru.

“Saya amat berbangga dengan persahabat­an dan hubungan dua hala yang sedia terjalin ini, malah kerjasama erat dalam pelbagai aspek bagi kemakmuran kedua-dua negara.

“Rakyat kedua-dua negara khususnya generasi muda juga dapat menerima manfaat, mempelajar­i sosiobuday­a dan akan lebih memahami antara satu sama lain,” katanya.

Baginda juga bertitah, Malaysia dan Jepun boleh belajar daripada pengalaman masing-masing dalam isu pengurusan air serta pencegahan dan pengurusan bencana.

“Mengambil contoh teknologi Terowong SMART di ibu negara, Naruhito berkata, ia adalah teknologi unik yang mempunyai dua fungsi iaitu mengurangk­an kesesakan lalu lintas dan menangani banjir kilat,” titah baginda ketika menyampaik­an ucaptama dalam sesi lawatan ke Universiti Malaya (UM), semalam.

Turut mencemar duli, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah yang juga Canselor UM.

Sebelum itu, Putera Naruhito mengadakan sesi lawatan di Pusat PERMATApin­tar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi bagi melihat dengan lebih dekat program pendidikan yang disediakan di pusat berkenaan.

Ketibaan baginda disambut isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor jam 12.10 tengah hari.

Dalam sesi lawatan selama sejam itu, baginda turut menyaksika­n eksperimen Matematik, Kimia, Biologi dan Fizik selain persembaha­n kebudayaan yang dijalankan pelajar pusat berkenaan.

Rosmah berkata, kehadiran Putera Naruhito akan dapat memperkuku­hkan lagi program pertukaran pelajar PERMATApin­tar dan pelajar dari sekolah terpilih di Jepun yang dilaksanak­an sejak 2014.

“Baginda mahu program berkenaan diperluask­an lagi kerana sangat kagum dengan sistem pendidikan dijalankan di sini,” katanya.

Ini adalah lawatan pertama Naruhito ke Malaysia sejak baginda dimasyhurk­an sebagai Putera Mahkota Jepun pada 1991. Baginda tiba di Malaysia kelmarin.

Lawatan Putera Mahkota Jepun itu juga kemuncak sambutan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala Malaysia dan Jepun.

 ??  ?? PUTERA Naruhito memberi penghormat­an di Tugu Negara sempena lawatan rasmi baginda, semalam.
PUTERA Naruhito memberi penghormat­an di Tugu Negara sempena lawatan rasmi baginda, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia