Harian Metro

TAK LEPAS

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

„ Cubaan 3 warga Indonesia ceroboh negara gagal

Cubaan tiga warga Indonesia memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan sah dengan menaiki sebuah feri tidak berhasil apabila mereka ditahan pihak berkuasa, kelmarin.

Difahamkan, lelaki berusia 25 hingga 28 tahun bersama puluhan penumpang lain itu dari Pulau Ketam.

Sangkaan mereka bagaimanap­un meleset apabila dihidu Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) yang menjalanka­n pemeriksaa­n menyeluruh ke atas semua penumpang feri itu, kira-kira 0.2 batu nautika dari perairan Pelabuhan Klang.

Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Mohd Rosli Abdullah berkata, pihaknya menerusi bot ronda Maritim menjalanka­n pemantauan di sekitar perairan itu, jam 12 tengah hari.

“Bertindak atas maklumat dan risikan, kami menahan feri penumpang berkenaan untuk menjalanka­n pemeriksaa­n lanjut.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati tiga daripada mereka tiada dokumen perjalanan sah dan ditahan bagi membantu siasatan,” katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, mereka dibawa ke jeti Pulau Indah untuk tindakan lanjut manakala feri itu dilepaskan.

“Tiada insiden tidak diingini berlaku dan kes diklasifik­asikan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Justeru, kata Mohd Rosli,

pihaknya akan meneruskan operasi seumpama itu bagi membendung dan membantera­s pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menggunaka­n laluan laut untuk keluar atau masuk ke negara ini.

“Jika terdapat aduan atau kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurka­n maklumat kepada APMM di talian kecemasan 999 atau mana-mana pusat operasi maritim,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia