Harian Metro

Semangat mualaf dalami Islam

-

Usianya baru mencecah 14 tahun namun gadis mualaf ini menyimpan impian besar untuk memecah tradisi menjadi qariah berketurun­an

India mewakili negara dalam pertanding­an tilawah al-Quran pada masa akan datang.

Dhariney Yasmin Abdullah berkata, sejak memeluk Islam bersama ibunya, Nuratiqah Nadarajah, 36, dia berasa tenang setiap kali membaca al-Quran.

“Saya mula memeluk Islam sejak berusia lima tahun sebelum belajar mengaji perlahan-lahan.

“Awalnya agak sukar namun saya berasa seronok membacanya kerana seperti belajar bahasa baru,” katanya ketika ditemui pada

Majlis Mahrajan Amal Islami Mualaf (MAHRAJAN) Peringkat Wilayah Persekutua­n, di sini, semalam.

Menurutnya, atas dorongan ibu, rakan dan guru sekolahnya, dia mula mengikuti pertanding­an tilawah al-Quran di peringkat sekolah.

“Alhamdulil­lah, saya sendiri tidak menjangka menjadi juara kategori qariah dan akan mewakili Wilayah Persekutua­n di peringkat kebangsaan bagi golongan mualaf.

“Ramai menyangka saya berasal dari negara Afrika memandangk­an wanita berkulit hitam dari negara itu sering dilihat bertudung di sini.

“Namun ia tidak pernah mematahkan semangat, malah menjadi pemangkin untuk saya terus mendalami ajaran Islam sebagai wanita berketurun­an India tempatan,” katanya yang turut mengalahka­n enam peserta lain yang jauh lebih berusia daripadany­a.

Selain Dhariney, Nur Shameena Zahra Abdullah, 11, turut membuktika­n usia muda bukan penghalang buatnya menjuarai pertanding­an hafazan kategori wanita dan berjaya menundukka­n enam peserta lain yang lebih dewasa.

 ??  ?? NUR Shameena
NUR Shameena
 ??  ?? DHARINEY
DHARINEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia