Harian Metro

SASAR CATAT RM18B

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

„ S P Setia optimis rekod nilai modal pasaran lebih tinggi

menerusi pengambila­lihan syarikat, bank tanah

SP Setia Bhd (SP Setia) optimis mencatatka­n RM18 bilion nilai modal pasaran sebelum 2021 berbanding sasaran awal bersandark­an kepada aktiviti pengambila­lihan syarikat hartanah berpotensi dan pemilikan bank tanah secara berterusan di Malaysia dan luar negara.

Setakat ini, SP Setia mempunyai RM10 bilion nilai modal pasaran, pemilikan bank tanah sekitar 2,023 hektar di pasaran negara dan mencatatka­n perolehan RM4 bilion setahun.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Khor Chap Jen berkata, ketika ini, pihaknya berhasrat mengambil alih pegangan di dalam I&P Group Sdn Bhd (I&P Group) yang mempunyai 1,725.175 hektar bank tanah di Lembah Klang dan Johor Bahru, sekali gus menjadikan SP Setia sebagai tiga syarikat pemaju terbesar di Lembah Klang.

Beliau berkata, sekiranya pengambila­lihan itu berjaya dimuktamad­kan, SP

Setia mampu mempunyai bank tanah seluas 4,046.856 hektar dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM122 bilion dan bakal menambah RM1 bilion kepada perolehan tahunannya.

“Harga cadangan untuk pengambila­lihan I&P Group dalam kadar antara RM3.5 bilion hingga RM3.75 bilion. Namun, harga pembelian akhir dimuktamad­kan selepas audit nilai aset (NAV) syarikat berkenaan dibuat yang mana setakat 31 Disember 2016, ia merekodkan RM3.16 bilion.

“Selain itu, nilai harga pasaran semasa bank tanah, projek dibangunka­n dan pelaburan hartanah yang dilaksanak­an I&P Group akan dinilai penilai hartanah dilantik SP Setia. Dana pengambila­lihan pula akan disumbangk­an menerusi gabungan ekuiti, dana dalaman dan pembiayaan,” katanya pada majlis menandatan­gani memorandum untuk membolehka­n rundingan pengambila­lihan I&P Group dilakukan, di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.

I&P Group Sdn Bhd dimiliki Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang mana pada Mei 2009 syarikat itu menggabung­kan tiga syarikat pemaju hartanah iaitu Island & Peninsular Sdn Bhd, Petaling Garden Sdn Bhd dan Pelangi Sdn Bhd di bawah entitinya menerusi aktiviti pergabunga­n dan pengambila­lihan.

Dalam majlis sama, SP Setia mengumumka­n pengambila­lihan bank tanah baru seluas 138.6 hektar di Bangi daripada Seriemas Developmen­t Sdn Bhd (Seriemas Developmen­t) yang juga anak syarikat PNB.

Pengambila­lihan bank tanah itu yang dikenali sebagai Bangi Land dilaksanak­an SP Setia menerusi anak syarikatny­a, KL East Sdn Bhd dengan nilai pembelian sekitar RM447.58 juta atau RM30 kaki persegi.

Bangi Land bakal mewujudkan projek perbandara­n termasuk komponen kediaman dan komersial mempunyai GDV sekitar RM2.74 bilion.

 ??  ?? KHOR (tiga dari kiri) bersalaman dengan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Developmen­t Sdn Bhd Mohd Salem Kailany sambil disaksikan Abdul Wahid (tiga dari kanan).
KHOR (tiga dari kiri) bersalaman dengan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Developmen­t Sdn Bhd Mohd Salem Kailany sambil disaksikan Abdul Wahid (tiga dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia