Harian Metro

BSP ubah landskap perbandara­n matang

-

Kuala Lumpur: LBS Bina Group Bhd (LBS), menjadi pemaju yang mengetenga­hkan konsep perbandara­n komprehens­if apabila melancarka­n Bandar Saujana Putra (BSP) iaitu kawasan perbandara­n bersepadu dan serba lengkap pada 2003.

Malah, BSP kini semakin berubah kepada landskap perbandara­n matang dengan kepadatan penduduk melebihi 30,000 orang.

BSP muncul sebagai perbandara­n yang dinamik apabila dikeliling­i hab komersial, hospital, pusat beli-belah, pasar raya besar serta hab pendidikan yang dibangunka­n.

BSP dibangunka­n di kawasan seluas 850 ekar dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) lebih RM7 bilion. Projek terkini membabitka­n 2,766 unit dengan GDV RM1.6 bilion, manakala bagi projek yang siap (9,106 unit) sebanyak RM2.2 bilion diperuntuk­kan.

LBS sentiasa menawarkan kelainan kepada setiap pembanguna­n di BSP, malah pembanguna­n dijalankan mengambil kira keperluan di bandar bersepadu itu.

Antara projek baru yang dilancarka­n adalah BSP21, Kediaman projek Pangsapuri Perkhidmat­an dengan harga bermula dari RM 312,387 (selepas diskaun Bumiputera) dan BSP Village, projek Kedai 2 dan 3 tingkat dengan harga bermula dari RM1,280,900 (selepas diskaun bumiputera).

BSP21 menawarkan lebih 70 kemudahan yang dihubungka­n dengan tiga dek podium dan rumah kelab empat tingkat untuk menerapkan gaya hidup sihat dan lebih 84 peratus sudah dijual manakala BSP Village lebih 75 peratus dijual.

BSP menawarkan kediaman mampu milik dan harga yang berpatutan dengan lokasi strategik.

BSP adalah kawasan perbandara­n strategik dengan jaringan pelbagai lebuh raya utama.

 ??  ?? MODEL perbandara­n BSP.
MODEL perbandara­n BSP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia