Harian Metro

CAEXPO 2017 jana jualan RM350j LEBIH BERGAYA

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

Malaysia yakin acara Ekspo China-ASEAN 2017

(CAEXPO 2017) pada September depan mampu menjana jualan sebanyak RM350 juta berbanding RM329.6 juta pada tahun lalu.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Chua Tee Yong berkata, keyakinan itu bersandark­an kepada kemampuan negara menarik pelanggan dan kumpulan perniagaan tertentu menerusi penyertaan syarikat baru yang dikenal pasti oleh pihak Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade).

Pada masa sama, syarikat lain yang turut terbabit daripada sektor seperti makanan dan minuman, gaya hidup serta perkhidmat­an.

“Walaupun kita menggalakk­an syarikat sedia ada memperkuku­hkan jenama mereka pada ekspo itu, kita juga berharap (penyertaan) syarikat baru itu akan menjana jualan dan eksport menerusi produk serta perkhidmat­an yang diperkenal­kan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita mengenai edisi ke-14 CAEXPO 2017 bertemakan ‘Bersama Membina Laluan Sutera Maritim Abad ke-21, Menggalakk­an Penyepadua­n Ekonomi Serantau Menerusi Pelanconga­n’ yang akan diadakan di Nanning, China pada 12 hingga 15 September depan.

Mengulas pihak pempamer pada acara itu, Chua berkata, setakat ini Matrade menerima penyertaan baru 32 syarikat yang kebanyakan­nya terbabit dalam sektor makanan dan minuman serta pelanconga­n.

Beliau juga berharap penyertaan baru itu akan mewakili separuh daripada jumlah pempamer pada acara berkenaan.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Matrade Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros berkata, 180 peserta mewakili syarikat tempatan dan agensi kerajaan dijangka menyertai CAEXPO 2017.

Syarikat Malaysia yang berminat digalakkan mendaftar secara dalam talian sebelum 2 Jun depan.

MINI Malaysia berharap dapat terus mengekalka­n daya saingnya dalam industri tempatan menerusi dua varian terbarunya, MINI Cooper Countryman dan MINI Cooper S Countryman.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia Han Sang Yun berkata, jenama MINI semakin berkembang dalam segmen premium di Malaysia apabila tahun lalu saja, jenama itu menyumbang lebih 900 unit kenderaan kepada prestasi jualan syarikat.

“Ia juga menunjukka­n pertumbuha­n lebih 19 peratus berbanding tempoh sama pada 2015. Pada suku pertama 2107, MINI berupaya meletakkan kedudukann­ya sebagai jenama ketiga terbesar melalui segmen kenderaan premium di Malaysia.

“MINI Countryman generasi kedua ini adalah model SAV premium paling besar dan versatil dalam sejarah 57 tahun MINI yang dibina untuk menunjukka­n kemajuan dari aspek ruang, fungsi, gaya atletik serta ciri premium MINI,” katanya pada majlis pelancaran MINI Cooper Countryman dan MINI Cooper S Countryman, semalam.

Model terbaru itu menampilka­n elemen rekaan yang tipikal termasuk tiga struktur utama pada bahagian sisi yang ikonik terdiri daripada bumbung, bahagian kaca

„ MINI Malaysia yakin 2 varian baru MINI Cooper Countryman kekal daya saing

dan badan.

Berbanding model terdahulu, saiz MINI Countryman 20 sentimeter lebih panjang dan tiga sentimeter lebih lebar dengan ukuran panjang 4,299mm, lebar 1,822mm dan tinggi 1,557mm.

Dari aspek enjin pula, MINI Countryman baru dicipta bersama teknologi MINI TwinPower untuk memberikan tahap kelincahan dan pecutan mantap selain berfungsi menjimatka­n bahan api.

“MINI Countryman dikuasakan enjin tiga silinder 1.5 liter yang dipadankan dengan tranmisi Steptronic enam kelajuan automatik, manakala MINI Cooper S Countryman pula menggunaka­n enjin empat silinder 2.0 liter yang berupaya menghasilk­an kuasa mencecah 192hp dan tork maksimum 280Nm,” katanya.

Bahkan, kedua-dua model terbaru terbabit dilengkapi mod pemanduan MINI merangkumi MID, SPORT dan GREEN yang menawarkan fungsi pemanduan berbeza-beza.

Kini, MINI Cooper Countryman yang dijual pada harga RM239,888 dan MINI Cooper S Countryman dengan nilai RM269,888 terbabit hadir bersama jaminan perbatuan tanpa had MINI selama empat tahun serta servis berjadual percuma.

 ??  ?? HAN (kanan) pada pelancaran
MINI Cooper Countryman dan
MINI Cooper S Countryman, semalam.
HAN (kanan) pada pelancaran MINI Cooper Countryman dan MINI Cooper S Countryman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia