Harian Metro

GALI SENDIRI, MASUK SENDIRI

- Agensi

Seorang lelaki masuk ke dalam kubur yang digalinya sendiri pada 23 Mac lalu selepas diberitahu dia akan mati pada hari itu.

Kejadian di Guang’an itu bermula selepas Xiang Chaojie, 72, yang sudah sekian lama menderita kanser kerongkong mengambil keputusan menemui tukang tilik untuk menilik mengenai kematianny­a tahun lalu.

Lelaki warga emas itu kemudian mengambil keputusan membina kuburnya dan masuk ke dalamnya pada tarikh yang dinyatakan tukang tilik itu, selepas mengucapka­n selamat tinggal kepada keluarga dan rakannya, lapor People’s Daily Online.

Bagaimanap­un, dia masih tidak mati apabila masa itu berlalu dan enggan keluar dari kubur itu sehingga diselamatk­an oleh polis tempatan serta dihantar ke hospital.

Xiang melakukan persiapan yang teratur untuk kematianny­a, termasuk meninggalk­an sebahagian barangan miliknya kepada rakannya dan memberitah­u mereka, dia akan mati pada hari berkenaan.

Seorang anak saudara perempuann­ya menelefon polis apabila melihat Xiang masih hidup tetapi enggan keluar dari kubur itu.

Anggota yang tiba di tempat kejadian mengesahka­n lelaki di dalam ialah Xiang. Dia enggan memberi tindak balas apabila polis berkenaan memanggiln­ya.

Beberapa anggota polis memasuki kubur berkenaan dan mengesahka­n lelaki itu masih hidup sebelum membawanya keluar dan menghantar­nya ke hospital.

Xiang bukan lelaki pertama di China yang mengambil keputusan untuk bersiap sedia untuk mati. Sebelum ini, seorang lelaki di Changyan di wilayah Zhangjiaji­e menganjurk­an upacara pengebumia­nnya sendiri untuk melihat bagaimana keadaannya jika dia mati kelak.

„ Warga emas enggan keluar dari kubur selepas

tidak mati pada hari dia dikatakan akan mati

 ??  ?? SEORANG anggota keluarga lelaki itu memasuki kubur itu untuk memujuknya keluar selepas mendapati dia tidak mati. - Agensi
SEORANG anggota keluarga lelaki itu memasuki kubur itu untuk memujuknya keluar selepas mendapati dia tidak mati. - Agensi
 ??  ?? KUBUR yang dibina oleh Xiang di kampungnya di Guang’an. - Agensi
KUBUR yang dibina oleh Xiang di kampungnya di Guang’an. - Agensi
 ??  ?? SEORANG lelaki di Changyan mengadakan majlis pengebumia­nnya untuk melihat sendiri bagaimana keadaannya jika dia mati kelak. - Agensi
SEORANG lelaki di Changyan mengadakan majlis pengebumia­nnya untuk melihat sendiri bagaimana keadaannya jika dia mati kelak. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia