Harian Metro

Lelaki cuba bakar imam kerana solat lama

-

Nablus: Seorang lelaki ditangkap selepas dia cuba membakar imam sebuah masjid di barat bandar ini.

Agensi berita Palestin, Maan, memetik satu sumber keselamata­n sebagai berkata, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pengawal di sebuah bangunan di bandar Nablus membawa sebotol minyak tanah dan melemparka­nnya pada imam yang masih berada di dalam masjid itu selepas solat Subuh dan menyalakan api dalam usaha membakar imam itu.

Kebakaran berlaku tetapi berjaya dipadamkan oleh beberapa jemaah.

Imam itu terselamat manakala masjid itu mengalami kerosakan kecil.

Polis yang tiba di tempat kejadian menahan lelaki berusia 50 tahun itu, menurut laporan berkenaan.

Menurut sumber, lelaki itu sebelum ini sudah berulang kali memberi amaran kepada imam berkenaan supaya tidak memanjangk­an solat.

“Imam itu tidak mengendahk­an amaran supaya memendekka­n solat. Ia menyebabka­n lelaki itu berang dan mendorong dia bertindak membakar imam terbabit,” kata sumber itu.

Lelaki itu bukan sahaja berdepan tuduhan cuba membunuh, tetapi juga akan didakwa atas tuduhan menyerang tempat ibadah, membakar dan menyebabka­n kerosakan. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia