Harian Metro

BEG JADI KERANDA

- Agensi

„ Bapa tak mampu sewa ambulans guna kereta

sewa bawa jenazah bayi pulang ke kampung Saya juga sekuat tenaga menahan daripada menangis kerana bimbang pemandu teksi itu curiga”

Aspin

Seorang bapa terpaksa membawa jenazah bayinya di dalam beg pakaian untuk pulang ke kampung dengan menaiki teksi kerana tidak mampu membayar sewa ambulans yang mahal.

Aspin Ekwandi yang tinggal di Desa Sinar Bulan di Kule di daerah Kaur memberitah­u, isterinya, Sri Sulismi melahirkan anak keempat mereka pada 5 April lalu di sebuah hospital di Kaur.

Bagaimanap­un, bayinya yang dikesan mengalami masalah paru-paru dan jantung dipindahka­n ke sebuah hospital di Kota Bengkulu sebelum meninggal dunia dua hari selepas itu.

Katanya, dia merancang menggunaka­n ambulans untuk membawa jenazah bayinya pulang ke kampung tetapi terkejut apabila pihak hospital meminta bayaran Rp3.2 juta (RM1,063).

“Saya merayu meminta kadar sewa itu dikurangka­n tetapi tidak dilayan pihak hospital,” katanya.

Dia yang sedih kemudian berbincang dengan ahli keluargany­a bagaimana mahu membawa jenazah bayinya pulang ke kampung untuk dikebumika­n.

Selepas berbincang, Aspin memutuskan untuk memasukkan jenazah bayinya ke dalam beg pakaian dan pulang ke kampung dengan menaiki kereta sewa.

“Kerana bimbang tidak dibenarkan membawa mayat, saya dan seorang saudara perempuan berlakon seperti suami isteri sambil memeluk beg pakaian itu.

“Pemandu kereta sewa meminta saya meletakkan beg pakaian di but kenderaan tetapi saya memberitah­u ia mengandung­i kuih untuk majlis pernikahan saudara.

“Nasib baik pemandu itu tidak curiga,” katanya.

Sepanjang perjalanan selama lima jam dari Kota Bengkulu ke Kule, Aspin memangku beg yang mengandung­i jenazah bayinya.

“Saya juga sekuat tenaga menahan daripada menangis kerana bimbang pemandu teksi itu curiga,” jelasnya.

Menurutnya, selepas selamat sampai ke kampung, dia segera mengebumik­an bayinya itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia