Harian Metro

Jokowi kecewa pelaburan kecil Arab Saudi

-

Jakarta: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) kecewa selepas mendapati pelaburan Arab Saudi di China lebih besar berbanding di Indonesia walaupun memberi layanan istimewa kepada Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud yang melawat negara itu bulan lalu.

Arab Saudi dilaporkan melabur AS$65 bilion (RM287 bilion) di China, hampir 10 kali ganda berbanding perjanjian AS$6.71 bilion (RM29.6 bilion) untuk melabur di Indonesia.

“Pelaburan Arab Saudi di Indonesia adalah besar tetapi saya terkejut apabila Raja Salman melawat China dia menandatan­gani kontrak bernilai AS$65 bilion.

“Saya memegang payung untuk Raja Salman tetapi kami mendapat jumlah yang kecil. Saya sedikit kecewa,” katanya yang dipetik Jakartapos­t kelmarin.

Jokowi merujuk lawatan Raja Salman ke Istana Negara di Bogor, Jawa Barat ketika hujan lebat pada 1 Mac lalu.

Ketika lawatan itu, Jokowi dilihat memegang payung untuk Raja Salman dan menyebabka­n bajunya sendiri basah.

Secara keseluruha­nnya, lawatan Raja Salman itu dianggap istimewa dengan Jokowi sendiri menyambut pemerintah Arab Saudi itu di lapangan terbang.

Raja Salman dan rombongann­ya juga bercuti selama dua minggu di Bali dan diberi kawalan ketat oleh pihak berkuasa.

Lawatan Raja Salman itu dianggap sangat bersejarah kerana menjadi pemerintah Arab Saudi pertama melawat Indonesia dalam tempoh 47 tahun. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR dirakam pada 1 Mac lalu menunjukka­n Jokowi (tiga dari kiri) memegang payung untuk Raja Salman ketika lawatan pemimpin itu di Istana Negara. - AP
GAMBAR dirakam pada 1 Mac lalu menunjukka­n Jokowi (tiga dari kiri) memegang payung untuk Raja Salman ketika lawatan pemimpin itu di Istana Negara. - AP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia