Harian Metro

Tentera Thai kekurangan dana

-

Tentera Diraja Thailand (RTA) mengurangk­an jumlah kereta kebal buatan China yang mahu dibelinya daripada 98 kepada 60 kerana kekurangan dana, kata ketua tentera, Chalermcha­i Sittisat.

Chalermcha­i berkata, 60 kereta kebal tempur utama itu akan diagihkan ke Batalion Kereta Kebal kedua dan ketiga di wilayah Udon Thani dan Khon Kaen.

Kereta kebal baru itu bakal menggantik­an kereta kebal M-41 buatan Amerika Syarikat (AS) yang akan ditamatkan perkhidmat­an selepas digunakan selama lebih 40 tahun.

Daripada 60 kereta kebal VT-4, 38 daripadany­a yang berharga 4 bilion baht (RM514 juta) dibeli tahun lalu dan dijangka tiba tahun ini.

RTA baru-baru ini memohon pembelian 20 lagi kereta kebal VT-4 tambahan ke Kabinet tetapi hanya 10 diluluskan.

Permohonan untuk membeli 10 lagi kereta kebal model yang sama akan dikemukaka­n ke Kabinet untuk diluluskan tidak lama lagi.

Perolehan untuk baki 12 lagi kereta kebal akan dipohon tahun depan.

Tahun lalu, RTA membatalka­n pembelian 39 kereta kebal T-84 Oplot dari Ukraine selepas hanya 10 daripada 49 yang ditempah dapat dihantar akibat konflik dalaman negara itu.

Keadaan itu menyebabka­n RTA memilih untuk membeli kereta kebal China yang lebih murah. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia