Harian Metro

MEMANG MALANG

- Agensi

Ketaasuban seorang lelaki berswafoto dramatik mengakibat­kan empat rakannya terbunuh dengan dia sendiri kini bertarung nyawa selepas terjatuh dari kereta api yang mereka naiki.

Dalam kejadian berhampira­n Howrah, Bengal, Khamis lalu itu, Taraknath Makal dan empat rakannya yang semuanya berusia antara 25 dan 30 tahun melunjur badan mereka keluar dari tingkap kereta api yang bergerak laju semata-mata mahu berswafoto.

Malangnya, dia tergelinci­r dan terjatuh dari kereta api itu. Rakannya yang panik turut melompat keluar untuk menyelamat­kannya tetapi dirempuh kereta api lain yang datang dari arah bertentang­an.

Empat rakan terbabit, Sumit Kumar, Sanjiv Polley, Kajal Saha dan Chandan Polley maut serta-merta. Makal bagaimanap­un terselamat tetapi kini dalam keadaan tenat.

Kejadian berlaku ketika lima rakan itu dalam perjalanan pulang dari upacara keagamaan di Tarkeswar.

Menurut polis, gerabak dinaiki lima rakan itu tidak ramai orang dan kejadian dipercayai berpunca daripada perbuatan tidak bertanggun­gjawab Makal sendiri.

Susulan itu, Makal akan

„

disoal siasat berhubung kejadian itu sebaik pulih.

Saksi mendakwa empat rakan itu tidak melihat ketibaan kereta api kedua disebabkan keadaan agak gelap.

“Selepas lelaki pertama jatuh, rakan-rakannya terjun dan berlari ke arahnya.

“Dalam keadaan kelam-kabut itu mereka tidak menyedari kereta api kedua menuju ke arah mereka,” katanya.

Seorang lagi saksi berkata, kepala Makal terlanggar tiang ketika dia membongkok untuk mengambil telefon bimbit yang terlepas dari genggamann­ya.

Lima rakan itu dipercayai pekerja kilang dan pemandu beca di Dumdum, Kolkata.

Kematian berpunca daripada tindakan berswafoto sering berlaku di India.

Kajian pada 2016 menunjukka­n India mencatatka­n kematian paling banyak akibat cubaan mengambil swafoto berbanding negara lain di dunia.

 ??  ?? MAYAT mangsa disusun di sebelah landasan sebelum diserahkan kepada keluarga
mereka. - Agensi
MAYAT mangsa disusun di sebelah landasan sebelum diserahkan kepada keluarga mereka. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia