Harian Metro

Burung merak dibungkus untuk keselamata­n

-

Beijing: Sekumpulan penternak burung merak dirakam menggunaka­n beg plastik untuk membungkus burung berkenaan di Xiangyang, wilayah Hubei pada 12 April lalu.

Mereka dilaporkan menggunaka­n beg plastik itu untuk memastikan haiwan berkenaan selamat ketika proses pemindahan.

Mereka dipercayai bimbang bulu merak itu luruh atau haiwan itu mati akibat tertekan ketika dipindahka­n.

Mereka turut menggunaka­n pita pelekat untuk membungkus kaki burung berkenaan selain memastikan beg plastik digunakan untuk membalut haiwan itu tidak terlurut.

Kumpulan itu mendakwa kaedah itu juga menjimatka­n kos.

Bulu merak yang berwarna terang mudah tercabut untuk membolehka­n haiwan itu melarikan diri jika diserang.

Merak jantan menggunaka­n kecantikan bulu mereka untuk menarik pasangan manakala yang betina berwarna kusam sebagai perlindung­an terutama ketika mengeram telurnya. - Daily Mail Polis di Jiujiang berjaya menangkap seorang pencuri seluar dalam yang membuat koleksi lebih 10,000 pakaian dalam wanita di dalam bilik asramanya yang kecil.

Tabiat buruk lelaki itu terbongkar selepas seorang mangsanya yang berjalan berhampira­n rumah suspek ternampak seluar dalamnya yang hilang tergantung di balkoni asrama kilang.

Susulan itu, polis menyerbu bilik lelaki berkenaan yang didapati hampir kosong tanpa perabot sebaliknya dipenuhi seluar dalam wanita.

Malah lelaki itu dilaporkan menyimpan 10 beg berisi seluar dalam, selain kotak dan almari dipenuhi seluar serta pakaian dalam wanita yang disusun kemas.

Jiangnan City News melaporkan, suspek dikenal pasti sebagai Xing, 40-an, bercerai beberapa tahun lalu dan mengakui mencuri semua pakaian dalam itu sejak 10 tahun lalu.

Beca digunakan polis untuk membawa semua pakaian berkenaan ke balai polis cuma mampu membawa sepertiga barangan curi itu. - Agensi

 ??  ?? BURUNG merak disusun selepas dibungkus dengan beg plastik. - Daily Mail
BURUNG merak disusun selepas dibungkus dengan beg plastik. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia