Harian Metro

Hilang separuh berat badan

-

Eman Ahmed dikatakan wanita paling berat di dunia ketika dia diterbangk­an ke India dari Kaherah Februari lalu dengan berat badannya mencecah 500 kilogram (kg).

Bagaimanap­un, selepas dua bulan menjalani rawatan membabitka­n pembedahan dan diet khas, Eman, 36, berjaya menghilang­kan 242kg, kata Dr Muffazal Lakdawala, doktor yang bertanggun­gjawab merawat wanita Mesir itu.

Dr Lakdawala berkata, Eman menjalani pembedahan pada 7 Mac lalu dan kini menjalani diet khusus.

“Hasil pembedahan dan diet khas itu, dia berjaya mengurangk­an 242kg beratnya iaitu 50 peratus dari berat badannya sejak tiba di India.

“Sebenarnya kami juga terkejut kerana menjangkak­an proses penurunan berat badan akan mengambil masa lebih lama selepas pembedahan,” katanya.

Sebelum ini, Dr Lakdawala dilaporkan menjangka berat badan Eman cuma turun 20 hingga 30kg sebulan.

Selain itu, fungsi organ Eman turut dilaporkan menunjukka­n perkembang­an positif, terutama buah pinggangny­a.

Bagaimanap­un, Eman masih lumpuh sebelah badan dan kadangkala mengalami sawan. - Daily Mail

 ??  ?? BERAT badan Eman turun 242kg. - Daily Mail
BERAT badan Eman turun 242kg. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia