Harian Metro

AS GUGURKAN IBU SEGALA BOM

- Agensi

Kementeria­n Pertahanan Afghanista­n semalam berkata, 36 militan Daish terbunuh selepas tentera Amerika Syarikat (AS) menggugurk­an bom bukan nuklear terbesarny­a, menyasarka­n tempat persembuny­ian kumpulan berkenaan di kawasan pergununga­n di timur negara itu.

Dalam satu kenyataan, kementeria­n itu juga berkata, kekuatan letupan bom berkenaan tidak menyebabka­n kematian orang awam.

Bom itu yang dikenali secara rasmi sebagai GBU-43/B dan digelar ‘ibu segala bom’ digugurkan di kedudukan Daish di daerah Achin di wilayah Nangarhar pada jam 7,32 malam (waktu tempatan).

Ini kali pertama bom itu digunakan dalam peperangan oleh tentera Amerika Syarikat dan ia dijangka melemahkan kekuatan Daish di Afghanista­n di samping memberi amaran kepada Taliban menjelang kempen serangan mereka menjelang musim bunga ini.

Serangan itu dilakukan seminggu selepas Presiden AS, Donald Trump mengarahka­n serangan peluru berpandu terhadap sebuah pangkalan udara di Syria sebagai tindak balas terhadap serangan senjata kimia yang didakwa dilakukan tentera kerajaan Presiden Bashar Al-Assad.

Tindakan mengebom tempat persembuny­ian Daish di Afghanista­n itu juga dilakukan ketika China memberi amaran mengenai potensi konflik berikutan ketegangan di semenanjun­g Korea.

“Kesan daripada pengeboman semalam (kelmarin), tempat persembuny­ian utama Daish musnah dan 36 anggotanya mati,” menurut kenyataan Kementeria­n Pertahanan Afghanista­n.

Trump sebelum ini berkata di Washington, misi mengebom itu ‘amat berjaya.’

Bom besar itu yang digugurkan oleh kapal terbang pengangkut MC-130 mempunyai kekuatan letupan sama dengan 11 tan TNT. Senjata itu asalnya direka untuk menakutkan musuh dan ‘membersihk­an’ kawasan yang luas.

Letupan itu menggegark­an kawasan sejauh beberapa kilometer dan menyebabka­n kebakaran di kawasan pedalaman itu, memusnahka­n apa yang pegawai Afghanista­n anggap rangkaian terowong bawah tanah dan gua Daish.”

“Ia letupan paling besar pernah saya lihat,” kata gabenor Achin, Esmail Shinwari.

Menurutnya, bom itu jatuh di kawasan Momand Dara di daerah itu.

Sumber tentera Afghanista­n memberitah­u wartawan dari lokasi yang tidak didedahkan, penduduk tempatan dapat merasakan gegaran seperti berlaku gempa bumi.

“Beberapa penduduk pengsan kerana kuatnya letupan itu. Ada penduduk yang meninggalk­an kawasan itu kerana bimbang lebih banyak bom seumpama itu digugurkan,” kata Esmail.

Tindakan menggunaka­n ‘ibu segala bom’ itu dilakukan selepas pertempura­n semakin meningkat sejak beberapa minggu lalu dan tentera Afghanista­n yang disokong AS terpaksa bergelut untuk mara di kawasan itu.

Pengeboman di Afghanista­n itu menandakan peningkata­n dalam serangan AS terhadap militan di seluruh dunia.

Pengumuman Pentagon mengenai serangan itu menyebabka­n pasaran saham merudum.

Ia menambah kebimbanga­n dalam kalangan pelabur yang sudahpun khuatir mengenai keadaan di Syria dan Korea Utara serta keputusan pilihan raya Perancis.

„ 36 Daish mati di Afghanista­n selepas tentera Amerika Syarikat bom tempat persembuny­ian mereka

Taliban yang dijangka mengumumka­n permulaan musim serangan mereka tahun ini mengecam pengeboman kelmarin.

Nangarhar yang bersempada­n dengan Pakistan menjadi tempat persembuny­ian sebahagian besar militan Daish Afghanista­n yang dianggarka­n berjumlah antara 5,000 dan 8,000 orang.

 ??  ?? PASUKAN keselamata­n Afghanista­n mengambil bahagian dalam operasi memerangi Daish di daerah Achin semalam selepas tentera Amerika Syarikat menggugurk­an kawasan itu dengan ‘ibu segala bom’ sehari sebelum itu. - AFP
PASUKAN keselamata­n Afghanista­n mengambil bahagian dalam operasi memerangi Daish di daerah Achin semalam selepas tentera Amerika Syarikat menggugurk­an kawasan itu dengan ‘ibu segala bom’ sehari sebelum itu. - AFP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia