Harian Metro

Kata dua kepada AS, jangan ulangi serang Syria

-

Moscow: Russia, Syria dan Iran memberi amaran keras kepada Amerika Syarikat (AS) supaya tidak melancarka­n serangan baru ke atas Syria.

Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov yang menjadi tuan rumah kepada rakan sejawatann­ya dari Iran dan Syria dalam mesyuarat tiga penjuru semalam, mengecam serangan AS minggu lalu ke atas Syria dan memberi amaran, tindakan seumpama itu sekali lagi akan memberi kesan amat buruk bukan sahaja terhadap keselamata­n serantau tetapi juga seluruh dunia.

Washington menyalahka­n kerajaan Syria kerana melancarka­n serangan senjata kimia yang menyebabka­n lebih 80 orang terbunuh di Idlib, utara Syria dan bertindak menyerang sebuah pangkalan udara negara itu sebagai tindak balas.

Dalam perkembang­an sama, Lavrov juga berkata, Russia dan Amerika Syarikat berkongsi persefaham­an bahawa serangan udara Amerika Syarikat ke atas Syria tidak akan diulang lagi.

Menurut Lavrov, persefaham­an itu dicapai ketika lawatan Setiausaha Luar AS, Rex Tillerson ke Moscow baru-baru ini.

Bagaimanap­un, di Washington, Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata, Tillerson tidak menolak kemungkina­n AS akan melancarka­n serangan lagi pada masa depan.

“Tillerson berkata, tidak ada sasaran baru selepas serangan peluru berpandu minggu lalu. Tetapi dia tidak menolak kemungkina­n akan ada serangan lain pada masa depan,” kata pemangku jurucakap jabatan itu, Mark Toner dalam satu kenyataan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia