Harian Metro

“Kami sedia perang jika itu yang AS mahukan”

-

Korea Utara semalam memberi amaran, kenyataan agresif Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyebabka­n dunia kini berada di ambang perang nuklear.

Timbalan Menteri Luar negara itu, Han Song Ryol menuduh Trump mencetuska­n ketegangan dan memberi amaran supaya AS tidak memprovoka­si negaranya secara ketenteraa­n.

“Kami bersedia berperang jika itu yang mereka (AS) pilih,” katanya.

Dia juga berkata, negaranya akan terus membangunk­an program nuklearnya dan melakukan ujian nuklear bila-bila masa yang ia fikirkan sesuai.

Kenyataan Han itu dibuat ketika ketegangan semakin meningkat berhubung kemungkina­n rejim Kim Jong-un melancarka­n satu lagi ujian senjata nuklear ketika negara itu meraikan ‘Hari Matahari,’ bagi memperinga­ti ulang tahun kelahiran bekas pengasas Korea Utara, Kim Il Sung.

“AS mencetuska­n ketegangan di semenanjun­g Korea dan membawa keadaan ke ambang peperangan. Ia mewujudkan keadaan berbahaya dengan perang nuklear boleh meletus bila-bila masa di semenanjun­g ini dan mengancam keamanan dan keselamata­n dunia, bukan di Asia timur laut sahaja,” kata Han dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita rasmi negara itu, KCNA. - Agensi

 ??  ?? HAN
HAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia