Harian Metro

Russia gesa semua pihak bertenang

-

Moscow: Russia semalam menggesa semua pihak yang terbabit dengan ketegangan di Korea Utara supaya bertenang dan tidak mengambil langkah provokasi.

Gesaan itu dibuat selepas Amerika Syarikat (AS) berkata, ia menimbang kemungkina­n mengambil tindakan ketenteraa­n terhadap Pyongyang sebagai tindak balas terhadap program senjatanya.

“Moscow mengikuti perkembang­an ketegangan di semenanjun­g Korea dengan rasa bimbang.

“Kami menggesa semua negara bertenang dan memberi amaran supaya tidak mengambil tindakan provokasi,” kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov kepada wartawan.

Spekulasi semakin meningkat sejak beberapa hari lalu bahawa Pyongyang bersiap sedia untuk menguji senjata nuklear atau peluru berpandu apabila ia menyambut ulang tahun kelahiran pengasas negara itu hari ini.

Duta Russia ke Korea Utara, Alexander Matsegora berkata semalam: “Jika Trump boleh mendengar nasihat pakar mengenai Korea dari Russia yang mempunyai 40 tahun pengalaman, saya ingin menasihatn­ya supaya jangan lancarkan serangan,” katanya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia