Harian Metro

AZIZUL LUNAS IMPIAN TRIO Kandas awal acara pecut

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tiada kejayaan berganda untuk Azizulhasn­i Awang di Kejohanan Trek Dunia apabila terkandas seawal pusingan pertama acara pecut individu.

Bagaimanap­un catatan 10.057 saat yang dilakukan semasa pusingan kelayakan adalah rekod baru kebangsaan bagi paras laut selepas catatan lama 10.073s yang dilakukan pada Kejohanan Berbasikal Asia di Jepun pada 2016.

„

Kuala Lumpur

“Sepuluh tahun lalu, ketika pertama kali menyertai Kejohanan Trek Dunia, kami pernah memasang tekad suatu hari nanti akan ada pelumba Malaysia menyarung jersi pelangi dan bergelar juara dunia.

“Akhirnya dalam kalangan kami bertiga (termasuk Josiah

Ng), dia (Azizulhasn­i

Awang) yang berjaya apabila menggegar Kejohanan

“Saya melakar rekod baru dan layak ke pusingan pertama namun tewas kepada Hugo Barrette dari Kanada. Dia sedikit pantas dan beraksi dengan baik.

“Saya sangat berharap mampu melakukan catatan di bawah 10 saat namun masih keletihan susulan aksi keirin. Bagaimanap­un kerana tidak terlalu fokus kepada acara pecut kali ini, catatan peribadi terbaik ini adalah sesuatu yang membanggak­an,” katanya.

Trek Dunia kali ini.”

Perasaan bangga itu dikongsi bekas rakan sepasukan Azizulhasn­i - Rizal Tisin yang menjadi antara pelumba terawal negara layak ke saingan peringkat dunia itu.

Kedua-duanya mula menyertai Kejohanan Trek Dunia pada 2007 dengan mengimpika­n lagu Negaraku akan berkumanda­ng suatu hari nanti.

“Akhirnya selepas 10 tahun impian kami berjaya direalisas­ikan Azizul. Sejak kami mula memenangi pingat pada edisi 2009, tahap keyakinan diri semakin menebal dan hanya menunggu masa impian itu menjadi realiti.

“Sebagai salah seorang rakan yang pernah berlatih dan menggalas cabaran negara bersamanya sebelum ini, saya amat berbangga kerana impian kami akhirnya menjadi kenyataan,” kata Rizal yang memenangi gangsa acara 1 kilometer ujian masa pada edisi 2009.

Jelas pelumba kelahiran Selangor itu, dia dapat merasakan kejohanan di Hong Kong akan menjadi milik The Pocket Rocketman selepas Azizulhasn­i meraih gangsa di Olimpik Rio tahun lalu.

“Kejayaan diraihnya bukan kerana nasib baik semata-mata kerana dia memang berhak apabila mampu meninggalk­an pelumba lain untuk melintasi garisan secara bersendiri­an selain menggunaka­n strategi tepat.

“Kayuhan dia amat bertenaga dan saya harap kecemerlan­gan ditunjukka­nnya akan berterusan sehingga Olimpik Tokyo,” tambahnya.

 ??  ?? RIZAL (kanan) bersama Josiah (kiri) dan Azizul ketika memenangi gangsa Sukan Komanwel 2010 di India.
RIZAL (kanan) bersama Josiah (kiri) dan Azizul ketika memenangi gangsa Sukan Komanwel 2010 di India.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia