Harian Metro

‘Tak sangka boleh menang’

- Rosli Ilham sukan@hmetro.com.my

Dungun: “Mulanya saya tidak percaya dia mampu menang kerana pada permulaan Jijoe dikepung lima pelumba lain,” kata Awang @Muda Embong, 68, (gambar) bapa Azizulhasn­i yang dinobatkan ‘Raja Keirin Dunia’ yang baru.

Awang berkata, beliau sungguh terkejut apabila pada saat akhir anaknya itu melepasi kepungan terbabit sebelum memecut ke garisan penamat.

“Saya sangat bangga dengan Jijoe yang bersungguh-sungguh demi kejayaan dirinya dan negara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Teratai Nibong Stesen, semalam.

Dia bersama lima anak dan cucunya berkumpul menyaksika­n Kejohanan Berbasikal Dunia di Hong Kong itu.

“Riuh rendah rumah saya dengan jeritan adik-beradik Azizul yang tidak putus-putus memberi sokongan.

“Saya sangat terkejut kerana ini kayuhan Jijoe yang sangat padu dan laju berbanding sebelum ini,” katanya.

Awang berkata, dua hari sebelum pertanding­an, Azizul ada menghubung­inya untuk memaklumka­n kejohanan itu.

“Azizul meminta saya mendoakann­ya meraih emas. Alhamdulil­lah, berkat doa itu dan peminat sukan, Jijoe mampu buat yang terbaik untuk Malaysia,” katanya.

Katanya, sejak malam tadi, beliau tidak putus-putus menerima ucapan tahniah daripada saudara dan rakan untuk disampaika­n kepada Azizul.

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia