Harian Metro

PALING TERBAIK

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) akan memastikan saingan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia yang bakal berlangsun­g kali terakhir dari 29 September hingga 1 Oktober sebagai penganjura­n paling terbaik dalam sejarah perlumbaan berprestij itu.

Pengerusi SIC Tan Sri Azman Yahya berkata, pihaknya mahu memastikan setiap peminat berkunjung di SIC tidak berasa beremosi, sebaliknya merasai kehangatan perlumbaan terakhir itu dengan penuh bermakna.

Justeru, pihaknya sudah merangka beberapa langkah bagi memastikan saingan Formula Satu (F1) yang dianjurkan di litar berprestij itu akan menjadi perlumbaan terakhir paling diingati.

“Bagi peminat pada tahun terakhir ini, kami menawarkan kepada anda harga tiket paling rendah serta diskaun untuk rakyat Malaysia.

“Pendekatan ini bagi menghargai sokongan diberikan selama ini.

“Terdapat pelbagai aktiviti lain dan promosi yang sudah dirancang untuk menjadikan penganjura­n F1 kali ini paling diingati,” katanya pada majlis pelancaran saingan F1 semalam.

Harga tiket serendah RM58.68 sen masih terbuka dijual kepada peminat perlumbaan berprestij itu.

Sementara itu jelas Azman, peminat saingan itu juga berpeluang menemui bintang F1 mereka menerusi beberapa aktiviti dirangka.

“Ini termasuk forum khas peminat di ibu negara sebelum berlangsun­gnya perlumbaan itu. Sebanyak 18 peminat muda berpeluang

„ Azman mahu jadikan aksi terakhir F1 di Sepang diingati ramai

menemurama­h barisan pemandu F1,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi kenyataan minggu lalu berkata, kabinet bersetuju menamatkan kontrak penganjura­n F1 bermula tahun depan lantaran pulangan menurun yang semakin ketara berbanding kos penganjura­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia