Harian Metro

V Shem, Wee Kiong terkulai lagi

-

Kuala Lumpur: Segala-galanya terus serba tidak menjadi bagi beregu utama badminton negara Tan Wee Kiong V Shem apabila tersingkir di suku akhir Terbuka Singapura semalam.

Pemenang perak Sukan Olimpik Rio itu tewas kepada beregu kurang ternama dan menduduki ranking ke-65 dunia, Berry Angriawan-Hardianto Harianto 15-21, 15-21 pada aksi di Stadium Tertutup Singapura.

Sebelum ini mereka turut tersingkir pada suku akhir Seluruh England dan Terbuka India sebelum rebah seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia.

Bagi Wee Kiong, dia serta V Shem perlu mencari strategi permainan baru selepas corak permainan mereka mudah dibaca pihak lawan.

“Strategi permainan kami sudah banyak dibaca pihak

(gambar)-Goh

lawan. Contohnya perlawanan hari ini, strategi kami guna semua tak menjadi.

“Kami perlu mencari sesuatu yang baru atau mempelbaga­ikan lagi corak permainan.

“Apapun kami perlu segera atasi masalah ini,” katanya.

Kali terakhir gandingan negara itu mengecap kejuaraan adalah di saingan Siri Super Akshi di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Disember lalu.

Selepas ini, V Shem-Wee Kiong akan beraksi pada Kejohanan Badminton Asia di Wuhan, China bermula 25 hingga 20 April.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia