Harian Metro

MOURINHO KECEWA

- AFP

Jose Mourinho melabel bintang Manchester United sebagai cuai apabila melepaskan gol penyamaan di hujung permainan yang menyaksika­n mereka sekadar seri 1-1 pada aksi suku akhir pertama Liga Europa di Anderlecht, pagi semalam.

United memiliki beberapa peluang untuk muncul pemenang selepas jaringan pembukaan Henrikh Mkhitaryan di babak pertama tetapi kegagalan barisan bintang United menambah gol digunakan sebaik mungkin oleh tuan rumah untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan Leander Dendoncker ketika perlawanan berbaki empat minit.

“Keputusan perlawanan ini memang positif,” kata Mourinho yang memiliki kelebihan apabila perlawanan kedua akan berlangsun­g di Old Trafford minggu depan.

“Saya rasa keputusan perlawanan ini boleh menjadi lebih baik, kami harus menyalahka­n diri sendiri.

“Kami berdepan perlawanan yang agak mudah terutama di babak kedua dan kami tidak menggunaka­n peluang itu sebaliknya kami kerap kehilangan bola.

“Kami cuai, tidak mengawal bola dengan baik dan memberikan peluang kepada lawan untuk menyerang balas.”

Mourinho bagaimanap­un memuji keampuhan benteng pertahanan­nya yang kental hinggalah Dendoncker menyamakan kedudukan menerusi tandukan yang mengatasi kawalan Matteo Darmian dan Marcus Rojo.

“Benteng pertahanan kami bermain baik,” kata Mourinho.

“Mereka bermain mengikut perancanga­n yang sudah diatur.”

Tetapi dengan ketiadaan Chris Smalling serta Phil Jones akibat kecederaan, Mourinho terpaksa menggunaka­n kudrat Eric Bailly dan Rojo hingga hujung musim ini.

“Tiada apa yang boleh saya lakukan, mereka perlu bermain hingga hujung musim. Tidak ada jalan lain kerana kami tidak mempunyai pertahanan tengah tambahan.”

Mourinho agak kecewa dengan barisan penyerangn­ya yang walaupun mencipta banyak peluang, hanya berjaya menghasilk­an 19 gol sepanjang 11 aksi Liga Europa musim ini.

“Semua keputusan yang diambil penyerang kami adalah silap. Satu-satunya yang boleh dibanggaka­n ialah cubaan Paul (Pogba) tetapi berjaya diselamatk­an penjaga gol,” kata pengendali Portugal itu.

“Perkara ini berlaku sepanjang musim ini.”

Ditanya mengapa pasukannya bergelut untuk menghasilk­an jaringan, Mourinho tidak mempunyai jawapannya.

“Soalan yang bagus tetapi sangat sukar dijawab,” katanya.

„ Pengendali United berang dengan aksi longlai anak buah

 ??  ?? DENDONCKER (kanan) jaring gol penyamaan Anderlecht. Kami cuai, tidak mengawal bola dengan baik dan memberikan peluang kepada lawan untuk menyerang balas”
GOL pembukaan Mkhitaryan.
DENDONCKER (kanan) jaring gol penyamaan Anderlecht. Kami cuai, tidak mengawal bola dengan baik dan memberikan peluang kepada lawan untuk menyerang balas” GOL pembukaan Mkhitaryan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia