Harian Metro

‘BENAM GUNNERS TAK PENTING SANGAT’

- AFP

London

Tottenham Hotspur memiliki sasaran lebih besar berbanding menamatkan saingan di atas Arsenal musim ini kerana impian mereka ialah untuk menghambat pendahulu Liga Perdana Chelsea, kata pengurus Mauricio Pochettino.

Kali terakhir Tottenham menamatkan musim di atas Arsenal ialah pada 1995 tetapi ketika ini, mereka memiliki kelebihan 14 mata berbanding kelab utara London itu walaupun sudah bermain lebih satu perlawanan.

Perlawanan malam ini menentang Bournemout­h memberi peluang buat Spurs merapatkan kedudukan dengan Chelsea dan itulah satu-satunya perkara yang difikirkan Pochettino.

“Saya rasa kami sedang berentap untuk perkara lebih besar,” kata jurulatih Argentina itu di pusat latihan Spurs di Enfield, utara London.

“Jika kita lihat kepada skop lebih besar, kami sedang cuba merapatkan jurang mata dengan Chelsea. Saya rasa jurang kami dengan Arsenal bukanlah terlalu penting.

“Perkara yang perlu kami lakukan sekarang ialah menang perlawanan bagi merapatkan jurang mata dengan Chelsea.”

Spurs berjaya mendekatka­n diri dengan Chelsea hujung minggu lalu apabila membelasah Watford 4-0 di White Hart Lane tetapi anak buah Antonio Conte itu kembali memiliki kelebihan tujuh mata selepas menang 3-1 ke atas Bournemout­h, sehari kemudian.

Tetapi, ketika Chelsea dijadualka­n bertemu Manchester United malam esok, kemenangan buat Spurs pasti menambah tekanan kepada Blues.

Jika Tottenham menang malam ini, mereka akan mencatat tujuh kemenangan berturut-turut dan ia adalah catatan kali pertama sejak era Liga Perdana selepas 1992.

Selepas kembali diturunkan pada perlawanan menentang Watford, Harry Kane akan disenaraik­an ke dalam kesebelasa­n utama dalam tempoh

„ Pochettino mahu pemain lebih utama

misi hambat Chelsea di puncak liga

hampir lima minggu.

Kane dipilih sebagai antara calon untuk anugerah Pemain Terbaik Musim oleh Persatuan Pemain Profesiona­l (PFA), kelmarin.

Penyerang England berusia 23 tahun itu sudah meledak 24 gol dalam semua perlawanan dan Pochettino percaya pemain itu mampu melepasi catatan 30 gol sebelum hujung musim.

 ?? Mauricio Pochettino ?? Kami sedang cuba merapatkan jurang mata dengan Chelsea. Saya rasa jurang kami dengan Arsenal bukanlahte­rlalu penting”
Mauricio Pochettino Kami sedang cuba merapatkan jurang mata dengan Chelsea. Saya rasa jurang kami dengan Arsenal bukanlahte­rlalu penting”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia