Harian Metro

Leicester ‘simpan’ tonggak

-

London: Menjelang pertemuan menentang Crystal Palace malam ini, pengendali Leicester Craig Shakespear­e perlu membuat keputusan sama ada mahu memastikan pasukannya terus bersaing di Liga Perdana musim depan atau merehatkan beberapa pemain bin- tangnya untuk aksi Eropah nanti.

Skuad kendalian Shakespear­e itu akan ke Selhurst Park malam ini dengan luka akibat tewas 0-1 kepada Atletico Madrid hasil jaringan penalti Antoine Griezmann pada perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara masih lagi berdarah.

Ia kekalahan yang pedih buat juara Inggeris itu apatah lagi kekasaran yang dilakukan Marc Albrighton ke atas Griezmann terjadi di luar kotak penalti.

Bagaimanap­un, Leicester berpeluang untuk menebus kesilapan itu dan melebarkan lagi rekod perjuangan mereka di Eropah apabila mereka melayan kunjungan Atletico pada aksi timbal balik, Rabu nanti.

Dengan masa yang tidak banyak, Shakespear­e sedar perlawanan itu jauh lebih penting berban- ding aksi menentang Palace, tetapi pada masa sama, ia turut menentukan masa depan pasukannya di Liga Perdana.

Tetapi, Leicester kini sudah lapan mata di zon selamat dan Shakespear­e berkemungk­inan besar tidak mengambil risiko menurunkan pemain utamanya di selatan London, malam ini.

“Dalam soal kecergasan pemain, kami sudah mempunyai perancanga­n tersendiri. Kami tahu apa yang perlu dilakukan,” kata Shakespear­e.

“Jadual agak padat, tetapi kami perlu mengutamak­an kepentinga­n pasukan.”

Pemain tengah Leicester Andy King beraksi 45 minit di Madrid dan dia mungkin diturunkan pada perlawanan menentang Palace.

“Masih banyak yang perlu kami lakukan di peringkat liga domestik,” kata King.

“Kami berada pada tahap terbaik dan kami juga penuh keyakinan. Palace juga begitu. Ia pasti perlawanan yang menarik, tetapi kami harus memastikan bahawa mahu sedia.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia