Harian Metro

‘CARI JURULATIH MACAM HODAK’

- Azlan Hafeedz sukan@hmetro.com.my

„ Cadangan Zahasmi kepada KAFA bagi bantu lonjak pasukan

tih) kepada Tan Sri (Annuar) kerana tidak mahu campur tangan tapi jurulatih seperti Bojan Hodak difikirkan calon paling sesuai kerana beliau pernah melatih pasukan ini.

“Kini, saya menyerahka­n budi bicara Tan Sri dan KAFA untuk memutuskan­nya, namun saya tetap akan menjalanka­n tugas seperti biasa,” katanya.

Terdahulu, Annuar yang juga penaja utama TRW menerusi laman entri sosialnya memaklumka­n, Zahasmi ada menghubung­inya dua kali bagi memohonnya membantu membawa masuk seorang jurulatih luar.

Jelasnya, beliau akan berbincang dengan Pemangku Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah serta pengurus pasukan Datuk Rosmadi Ismail mengenai perkara itu dan berusaha mendapatka­n jurulatih luar jika Zahasmi benar-benar memerlukan­nya.

Dalam pada itu, KAFA akan mengemukak­an bantahan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLPP) berhubung status pemain import Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Gabriel Miguel Guerra.

Sumber rapat KAFA berkata, pemain itu tidak sepatutnya diturunkan dalam perlawanan tertunda ketika Johor DT bertemu Kelantan, kelmarin kerana masih dalam senarai import pasukan kedua JDT II.

Katanya, jika berdasarka­n senarai kuota empat import Johor DT sehingga akhir Februari lalu, hanya Marcos Antonio, Gonzalo Cabrera, Jeronimo Barrales dan Brian Ferreira layak beraksi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia