Harian Metro

14 pemain Melaka United terima surat amaran

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

Melaka: Sekurang-kurangnya 14 pemain sudah diberi surat amaran berikutan prestasi hambar Melaka United hingga terperosok ke tangga tiga terbawah Liga Super.

Timbalan Presiden Melaka United Soccer Club (MUSA) Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, surat amaran itu diberi sebelum pasukan terbabit tewas teruk 0-7 kepada Johor Darul Ta’zim (Johor DT).

“Sebenarnya sebelum perlawanan terakhir ini, kami sudah mengambil tindakan disiplin dengan mengeluark­an surat amaran prestasi. Sebanyak 14 surat amaran sudah dikeluarka­n, ada yang menerimany­a buat kali pertama dan ada kali kedua.

“Kami tidak akan teragak-agak mengeluark­an surat amaran terakhir sebelum pemotongan gaji akan dibuat seperti perjanjian dalam kontrak,” katanya di- temui di Bilik Media, MUSA di Stadium Hang Jebat, di sini, semalam selepas pertemuan dengan kira-kira 60 penyokong tegar pasukan itu.

Beliau memberitah­u, kata dua juga sudah disuarakan pihak pengurusan kepada pemain import Ilija Spasojevic, Omid Nazari, Sergio Aguero dan Godwin Antwi dan pihaknya tidak teragak-agak menamatkan kontrak mereka jika masih gagal meningkatk­an prestasi.

Dalam pada itu Mohd Yusoff, mengakui wujud beberapa kumpulan pemain dalam skuad terbabit hingga menyebabka­n aksi mereka pincang.

“Saya sudah menemui semua pemain baik secara kumpulan mahupun individu dan sudah mengenal pasti punca prestasi hambar ini,” katanya.

Justeru, beliau berkata, dua perlawanan terakhir sebelum liga berehat menjadi penentu buat mana-mana pemain, sama ada akan kekal atau disingkirk­an.

Khidmat jurulatih luar berpengala­man kini dituntut untuk memperkasa­kan Kelantan dalam mengharung­i baki perlawanan Liga Super, musim ini.

Cadangan itu dibangkitk­an sendiri ketua jurulatih Zahasmi Ismail yang kemudian mengemukak­annya kepada Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa, kelmarin.

Bukan bermakna beliau takut atau mahu mengundur diri selepas prestasi yo-yo pasukan itu, sebaliknya Zahasmi berkata, pengalaman jurulatih luar itu akan dapat memberi impak baru kepada rentak permainan The Red Warriors (TRW).

Malah, beliau sendiri memerlukan seseorang yang dapat memberi ilmu kepada pemain dan dirinya.

Menurutnya, masih banyak yang perlu dipelajari dalam dunia kejurulati­han selepas memulakan kerjaya bersama skuad Piala Presiden Kelantan pada 2011.

“Saya tidak cadangkan mana-mana nama (jurula-

(gambar)

 ?? RASUL AZLI SAMAD ?? YUSOFF (kiri) berkata sesuatu kepada penyokong di Bilik Media MUSA, semalam.
RASUL AZLI SAMAD YUSOFF (kiri) berkata sesuatu kepada penyokong di Bilik Media MUSA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia