Harian Metro

TAK ADA PUN...

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

„ Hodak nafi FAM adakan perbincang­an mengenai tawaran bimbing Harimau Malaya

Bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Bojan Hodak menafikan sudah mengadakan perbincang­an dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung tawaran untuk membimbing skuad Harimau Malaya.

Jelasnya spekulasi itu bukan sesuatu yang baru kerana pernah menjadi antara calon untuk kerusi panas skuad kebangsaan sebelum FAM melantik Datuk Ong Kim Swee sebelum ini.

“Saya tidak dihubungi mereka (FAM). Jika diperlukan, saya fikir mereka tahu bagaimana untuk berhubung dengan saya,” kata jurulatih kelahiran Croatia itu kepada Arena Metro semalam.

Posisi jurulatih Harimau Malaya kini kosong selepas perancanga­n Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim melantik pengendali Argentina Mario Gomez tidak kesampaian kerana masalah kontrak.

Kim Swee yang sebelum ini membimbing pasukan sejak 2016 sudah diberikan tugas baru mengendali­kan skuad Bawah 22 tahun (B-22).

Hodak, 45, bukan asing dalam kancah bola sepak tempatan apabila pernah melatih Kelantan, Johor DT dan tugasnya yang terakhir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pulau Pinang.

Bersama Kelantan beliau berjaya merangkul tiga kejuaraan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA pada 2012 manakala gelaran Liga Super dengan Johor DT dua tahun kemudian.

Tunku Ismail lebih berminat melantik jurulatih asing berbanding tempatan namun enggan mendedahka­n calon dalam senarai selepas Gomez tidak lagi menjadi pilihan.

Bagi Hodak, jurulatih tempatan atau asing bukan kriteria, yang mustahak kemampuan individu itu sendiri.

“Jurulatih asing atau tempatan tak penting, kerana yang mustahak jurulatih dilantik itu bagus. Pada saya jurulatih yang mempunyai kefahaman mengenai budaya dan bola sepak di Asia lebih bagus kerana menghormat­i sesuatu budaya itu penting.

“Ada jurulatih yang hanya fikirkan wang. Mereka datang hanya untuk wang selepas itu mereka tidak kisah apa yang berlaku. Bagi bola sepak di Malaysia, orang hanya sibuk bercakap pasal skuad kebangsaan dan Liga Super sedangkan apa yang utama program pembanguna­n kerana bola sepak negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia