Harian Metro

Pelepasan pemain B-23 terletak di tangan pasukan

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaska­n keputusan untuk melepaskan pemain untuk menyertai skuad Bawah 23 tahun (B-23) menyertai Kelayakan Piala AFC dan Sukan SEA terletak di tangan pasukan masing-masing.

Menurut Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, adalah menjadi hak pasukan terbabit untuk melepaskan pemain namun pertimbang­an sewajarnya perlu dibuat andai mereka mahukan keputusan positif skuad muda negara itu.

“Selepas mendengar pandangan dan menerima perkenan Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, saya ingin bertanya kepada ahli gabungan dan penyokong berkaitan dengan skuad Bawah-23 untuk pertanding­an Sukan SEA dan Kelayakan AFC yang akan datang.

“Lantaran pertanding­an ini bukan dalam kalendar FIFA, maka setiap pasukan berhak untuk tidak melepaskan pemain mereka untuk kejohanan tersebut. Tapi, jika kesemua pasukan tidak mahu melepaskan pemain terpilih untuk menyertai kejohanan ini, janganlah nanti ada yang menuding jari kerana pasukan B-23 tidak mencapai keputusan positif di kejohanan itu.

“Jika mahukan keputusan positif, semua pihak perlu melepaskan pemain yang dipilih. Jadi keputusan terletak di tangan anda selaku ahli gabungan dan penyokong,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia