Harian Metro

Cheng Hoe tuntut Kedah beri aksi terbaik

-

Alor Setar: Ketua jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe tetap menagih aksi terbaik anak buahnya biarpun bakal beraksi tanpa kelibat dua tonggak import Ken Ilso Larsen dan Liridon Krasniqi ketika turun menentang T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam ini.

Lang Merah bakal kehilangan penyerang prolifik, Ken Ilso yang tidak dapat beraksi kerana penggantun­gan kad kuning manakala Liridon mengalami kecederaan paha.

“Memang kedua-dua tonggak ini antara harapan kita untuk mencari tiga mata di Kuala Terengganu. Namun kita menerima keadaan ini dan saya yakin pemain yang digantikan nanti mampu menggalas tugas sebaik mungkin.

“Saya juga yakin tahap motivasi dan keyakinan pemain lain kini berada pada tahap baik dan berpuas hati dengan perkembang­an ditunjukka­n mereka tunjukkan.

“Kita mahukan tiga mata dalam perlawanan ini bagi kembali bersaing bersama pasukan di puncak liga dan sebarang kecuciran mata akan menyebabka­n kita ketinggala­n,” katanya dihubungi di sini, semalam.

Cheng Hoe berkata, pada masa sama beliau lega tiga pemain - Baddrol Bakhtiar, Fakri Saarani dan Fitri Omar sudah pulih daripada kecederaan selepas tidak dapat beraksi dalam perlawanan menentang PKNS FC tempoh hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia