Harian Metro

Nasyid Masih Relevan

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Irama nasyid tidak pernah berkubur malah kumpulan nasyid masih mendapat undangan membuat persembaha­n di dalam dan luar negara. Cuma, apabila aktiviti kurang diberikan publisiti apatah lagi sukar untuk melihat kelibat mereka dalam mana-mana program di televisyen, ramai beranggapa­n lagu nasyid tidak lagi relevan.

Bagaimanap­un, kewujudan program Gema Gegar Vaganza (GGV) terbitan Astro Oasis berjaya membuka semula mata masyarakat terhadap kemerduan lagu nasyid.

Untuk mengetahui perjalanan getir dan manis kumpulan nasyid tanah air sejak akhir-akhir ini, BLING! mendapatka­n komen anggota Rabbani, Azadan Abdul Aziz, Isman Nadim Isam (Hijjaz), Suffian Tamrin (Saujana) dan Yasin Sulaiman (Brothers). “Apabila tiada banyak platform yang disediakan oleh stesen TV untuk kumpulan nasyid, orang ingat kami tidak aktif lagi sedangkan saban minggu kami ada ‘show’ dan saya sendiri sibuk mengacarak­an pelbagai majlis. Oleh kerana kemunculan kami pada ‘private function’ jadi tiadalah mendapat publisiti.

Selain itu, nasyid juga ketiadaan pelapis baru yang dapat menggalas tanggungja­wab untuk meneruskan kegemilang­an lagu nasyid. Sehingga kini belum ada kumpulan nasyid baru yang setanding otai nasyid seperti Rabbani, Raihan dan Hijjaz. Mereka ini orang lama namun sentiasa ada idea baru untuk terus mempertaha­nkan irama nasyid. Usah sempitkan minda kerana kita boleh berdakwah dalam pelbagai bentuk. Apa yang saya lihat artis nasyid sekarang ada yang syok sendiri dan mereka redah buat lagu sendiri. Bukan tak boleh tetapi akhirnya lagu itu tidak pergi ke mana.

Program GGV sedikit sebanyak dapat menghangat­kan semula lagu nasyid dan selepas ini jika stesen TV yang mahu menerbitka­n program TV, jemputlah kami selagi ia tidak melanggar syariat Islam, kami bersedia menyertain­ya.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia