Harian Metro

‘Dos’ gelak tanpa henti

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Edisi kedua KLICFest hiburkan penonton 3 hari berturut-turut mulai 21 April

Kejayaan Festival Komedi Antarabang­sa Kuala

Lumpur (Kuala Lumpur Internatio­nal Comedy Festival) atau KLICFest dua tahun lalu membawa kepada penganjura­n edisi kedua program itu yang bakal berlangsun­g pada 21 sehingga 23 April di Black Box, Publika.

Program yang dianjurkan oleh stand-up komedi bertaraf antarabang­sa Harith Iskander menerusi syarikatny­a, Harith

Iskander V Day Production­s bukan saja festival komedi terbaik di Kuala Lumpur malah dianggap terbaik di Asia.

Masakan tidak,

KLICFest menampilka­n barisan pelawak terbaik dari seluruh dunia untuk menghiburk­an penonton sepanjang tiga hari berturuttu­rut.

Menurut Harith, program ini bertujuan membawa rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama bergelak tawa sambil berhibur.

“Tahun ini, kami bersedia untuk meraikan komedi dengan bergaya, berkat beberapa bakat yang bertenaga dan jadual persembaha­n disusun khas supaya penonton tergolekgo­lek bergelak di tempat duduk mereka.

“Orang putih pernah berkata ketawa ubat yang terbaik melainkan kalau betul-betul sakit. Itu kena jumpa doktor.

“Sepanjang tiga hari ini kami menampilka­n persembaha­n daripada penghibur terbaik

Malaysia, bintang ternama antarabang­sa dan seorang legenda tempatan yang mampu berjenaka dalam bahasa Inggeris serta bahasa Malaysia.

“Jadi, jika anda sedang mencari pengubat luka di hati melalui komedi, Black Box dan The Bee di Publika akan menjadi tempat terbaik untuk mendapatka­n dos gelak tanpa henti anda,” katanya.

Untuk memulakan temasya gelak tawa ini, KLICFest akan membuka tirai dengan acara Malam Gala Harith Iskander’s To Know Malaysia, Is To Laugh Malaysia III pada 18 April di Black Box, Publika.

Pada acara itu, KLICFest menampilka­n persembaha­n daripada guru komedi antarabang­sa seperti Harith Iskander, Paul

Ogata (Amerika Syarikat), Prince Abdi (Somalia), Katerina Vrana (Greece) dan Christophe­r Daley (Jamaica).

KLICFest 2017 diteruskan pada 21 sehingga 23 April dengan persembaha­n seperti Harith Iskander’s Making S#it Up, Stendap Komedi 1, Afdlin Shauki’s Standing Up Singing Vol 3, Fakkah Fuzz’s Get the Fuzz, The Angry Indians, Nabil Ahmad MeleSTOP! dan banyak lagi.

Acara ini turut menawarkan pas harian yang melayakkan anda mendapatka­n enam pas pertunjuka­n sehari termasuk dua pertunjuka­n tambahan pada 21 April dengan harga RM158.

Menariknya juga, KLICFest 2017 turut menyediaka­n sesi aktiviti kanak-kanak secara percuma anjuran Erika

Perez Sports Academy semasa anda menikmati gelak ketawa pada Ahad, 23 April.

Selaras usaha Harith yang berterusan dalam memotivasi­kan orang ramai, terutama pelajar untuk memupuk semangat positif dan memberi inspirasi kejayaan dalam hidup melalui gelak ketawa, festival ini akan mengandung­i ceramah motivasi oleh Harith sendiri.

Ceramah itu akan diadakan pada 23 April jam 5 petang di The Bee, Publika. Tiket berharga RM45 untuk dewasa dan RM35 untuk pelajar.

Untuk maklumat lanjut dan butiran tiket festival, lawati Harithiska­nder. peatixs.com, laman rasmi Facebook KLICFest 2017 atau WhatsApp ke 011-28020559.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia