Harian Metro

Mara Dengan Akhirnya, Cinta

Single terbaru sentuhan Ajai dapat maklum balas baik daripada pendengar muzik

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Nama penyanyi Salma Asis pernah hampir-hampir pudar dari radar seni tanah air.

Meskipun dia antara penyanyi baru yang memiliki kehebatan vokal tersendiri, entah di mana silapnya nama Salma masih kurang bersinar.

Malah percubaan Salma menghasilk­an empat lagu berjudul Aku Permata (2011), Seruan Jiwa (2013), Maafkan (2014) dan Jiwa Bersatu (2015 duet dengan suaminya, Azri AF9) belum mampu menempatka­n nama Salma sebaris penyanyi popular sedia ada.

Bagaimanap­un, pembabitan Salma dalam program 3 Juara di TV3 baru-baru ini dan muncul juara membuka kembali banyak mata termasuk juri Datuk Rossa terhadap keupayaan vokal beliau yang sebenar.

Menerusi ‘single’ terbaru ciptaan Ajai dan lirik karya Slen berjudul Akhirnya, Cinta, ia diharap mampu menyerlahk­an lagi nama Salma ke gelanggang

‘mainstream’ berbanding lima tahun sebelumnya.

Satu permulaan baik buat Salma apabila lagu yang pertama kali diperdenga­rkan pada malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2017) baru-baru itu mendapat pujian ramai.

Salma yakin sentuhan magis Ajai akan mampu menghadiah­kan sesuatu yang menarik buat pendengar lagu Melayu.

“Sejak program Mentor 5 lagi saya teringin bekerjasam­a dengan Abang Ajai. Malah saya menanam impian untuk menyanyika­n lagu ciptaannya. Bukan apa, lagu Abang Ajai ada sentuhan tersendiri. Apabila dapat menyanyika­n lagu Akhirnya, Cinta, angan-angan saya selama ini sudah tercapai.

“Kali pertama dengar lagu ini saya terus jatuh cinta. Sekali lagi saya berharap alangkah seronoknya jika lagu ini boleh berjaya seperti lagu ciptaannya yang lain. Naluri saya kuat berkata dengan sentuhan magis Abang Ajai, lagu ini boleh pergi jauh.

“Saya juga berharap jika lagu ini boleh menaikkan nama saya semula seterusnya dikenali. Apa yang penting, juga dapat sokongan daripada penggiat industri. Selebihnya saya berserah kepada rezeki Allah SWT,” katanya.

Salma berkata, Ajai sendiri berpuas hati dan meluahkan keyakinan yang sama sepertinya.

Ditambah pula lagu ini dipilih menjadi lagu tema bagi drama bersiri Ku Kirim Cinta yang bakal ditayangka­n di slot Akasia TV3 pada Ramadan nanti, Salma juga berharap Akhirnya, Cinta akan dekat di hati pendengar dan penonton.

“Sepanjang proses rakaman itu, Abang Ajai banyak memantau dari segi nyanyian dan sebutan. Alhamdulil­lah dia berpuas hati dan gembira dengan hasilnya,” ujar Salma, anak kelahiran Tawau, Sabah.

Pernah Putus Asa

Selepas melalui detik sukar dalam kerjayanya, Salma akui dia pernah berputus asa. Namun dia enggan mengalah sebaliknya mahu bangkit semula dalam bidang nyanyian.

Meskipun tanpa sebarang publisiti meluas, Salma bersyukur masih mendapat undangan menyanyi daripada badan korporat.

“Dulu saya pernah berputus asa. Bukan apa, lagu saya kurang mendapat perhatian di stesen radio. Meskipun ada pihak yang membantu dari segi promosi, ia masih gagal. Mungkin juga kerana nama saya yang kurang popular, semuanya kurang menjadi.

“Tapi saya sentiasa berdoa agar satu hari nanti ada sinar menanti dalam bidang rakaman. Saya juga percaya setiap apa yang dilalui bergantung kepada rezeki. Saya kena terus berusaha keras,” katanya.

Salma juga berkongsi sepanjang tempoh itu, dia perlu berjuang untuk terus kekal dalam industri ini.

Tidak wujud istilah malu untuk berusaha asal sahaja apa yang dikerjakan itu mendatangk­an rezeki dan memberi pendapatan untuknya serta keluarga.

“Kalau nak diceritaka­n apa yang saya lalui selama ini bukannya mudah. Pelbagai pengalaman buruk saya lalui. Saya pernah kena tipu dan ditikam dari belakang. Namun semua itu membuatkan saya menjadi lebih matang.

“Sejak itu juga saya lebih berhati-hati dalam setiap langkah. Saya sentiasa berdoa dijauhkan daripada pihak yang cuba bersikap buruk dengan saya,” katanya.

Pada masa sama, Salma menyifatka­n kejayaanny­a hari ini datang daripada sokongan suami tercinta.

Salma yang berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Azri, selesa ditemani suaminya ke mana sahaja.

“Selepas berkahwin Azri banyak menemani saya ke mana saja. Ibaratnya dia pembantu peribadi dan pengurus. Saya tak paksa tapi dia yang sudi membantu.

“Lagipun, saya berasa lebih selamat jika bersamanya. Segala kerja kita juga menjadi lebih mudah,” katanya.

Apabila dapat menyanyika­n lagu Akhirnya, Cinta, angan-angan saya selama ini sudah tercapai

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia