Harian Metro

BECKHAM INSPIRASI BELLA

-

Madrid itu.

“Auranya sebagai pemain bola sepak amat tinggi dan setiap peminatnya pasti tahu teknik berkesan yang ditonjolka­n oleh Beckham.

“Dari segi tendangan dan hantaran, Beckham memiliki segalagala­nya. Keupayaann­ya menyudahka­n sepakan percuma sesuatu yang perlu dibanggaka­n.

“Memang ada pemain yang mampu menjadi penyudah sepakan percuma atau penalti tapi teknik yang ditampilka­n Beckham nyata berbeza,” katanya.

Selain itu, katanya, sukan bola sepak yang mampu menaikkan nama sesebuah negara dan menyatukan penyokong perlu dicontohi oleh sukan lain.

“Bagi saya semangat itulah yang ada pada Beckham. Dia berusaha keras untuk menaikkan nama dan negaranya dalam arena bola sepak.

“Tidak mustahil, England adalah negara yang paling digeruni dalam bola sepak. Oleh kerana Beckham pernah mewakili Manchester United, saya turut meminati kelab itu.

“Kelab itu sangat gah ketika diuruskan oleh

Sir Alex Ferguson, malah ramai pemain terkenal dunia berada dalam pasukan itu.

“Beckham antara bintangnya yang bersinar dan terkenal hingga dapat memenangi beberapa anugerah,” katanya sambil memberitah­u skuad kendalian pengurus terhebat itu mempunyai pencapaian terbaik kerana sering menjadi juara liga.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia