Harian Metro

WOODBURN PERMATA BARU REDS

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Namanya mula meniti di bibir peminat Liverpool apabila masuk sebagai pemain gantian untuk aksi senior sulung ketika bertemu Sunderland, November lalu dan gol yang disumbang ketika menentang Leeds United di Piala Liga membuktika­n Ben Woodburn mampu menyinar sebagai bintang.

Dia yang baru berusia 17 tahun 45 hari bukan saja berjaya memecahkan rekod Michel Owen sebagai penjaring termuda di Liverpool malah mula membuka mata jurulatih Wales, Chris Coleman.

Bulan lalu dia dipanggil untuk menyertai skuad Wales dan setakat ini bersama Liverpool berjaya melakukan lapan penampilan dalam skuad utama.

Woodburn kini berada dalam senarai untuk memenangi Pemain Muda Terbaik Eropah, yang diraih Renato Sanches dari Bayern Munich tahun lalu.

Harapan yang diletakkan kepadanya amat tinggi untuk menjadi bintang The Kops tetapi tidak buat England, apabila pemain kelahiran Nottingham itu memilih untuk mewakili Wales, negara kelahiran datuknya dan selama ini pun dia banyak beraksi bersama The Dragons di peringkat remaja.

Dia yang membesar di Chester mula mendapat perhatian pencari bakat Liverpool ketika bermain bola sepak di kawasan kejiranan tempat berkenaan ketika berusia tujuh tahun.

Pelajar Sekolah Tinggi Rainhill itu seterusnya dipilih untuk menjalani ujian di padang latihan Liverpool di Melwood dan secara perlahan mula menempatka­n dirinya dalam skuad utama serta menjaringk­an gol ketika aksi pramusim menentang Wigan tahun lalu.

Liverpool difahamkan sudah menandatan­gani kontrak jangka panjang bersama bintang muda itu awal November lalu dan bakal memperkuat­kan jentera serangan kelab legenda itu dengan memiliki kelebihan melakukan sepakan percuma yang menarik.

“Dia sudah pasti tidak akan melupakan minggu ketika menjaringk­an gol di depan penyokong sendiri pada usia yang sangat muda. Dia sekarang ini hanya memerlukan satu lagi kunci penting selepas peristiwa berkenaan dan ia adalah kesabaran,” kata legenda Liverpool, Jamie Carragher.

Woodburn sudah membuktika­n di peringkat remaja ketika mewakili pasukan B-17 dan B-19 Wales dengan menjaringk­an gol serta melakukan hantaran menarik.

Wales mempunyai ramai pemain muda berbakat dan Coleman berjanji kejayaan mara ke separuh akhir Euro tahun lalu bukan percubaan terakhir mereka, jika mereka terus membenarka­n tonggak seperti Woodburn kekal menyarung jersi berwarna merah.

 ??  ?? PROFIL
NAMA PENUH: Benjamin Woodburn TARIKH LAHIR:
15 OKtober 1999 TEMPAT LAHIR: Nottingham, England TINGGI: 1.74 m
POSISI: Penyerang KELAB SEMASA: Liverpool
PASUKAN KEBANGSAAN: Wales
PROFIL NAMA PENUH: Benjamin Woodburn TARIKH LAHIR: 15 OKtober 1999 TEMPAT LAHIR: Nottingham, England TINGGI: 1.74 m POSISI: Penyerang KELAB SEMASA: Liverpool PASUKAN KEBANGSAAN: Wales
 ??  ?? WOODBURN (kanan) mencipta nama pada usia muda.
WOODBURN (kanan) mencipta nama pada usia muda.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia