Harian Metro

SAMA-SAMA PERANGI GEJALA RASUAH BOLA

-

Sejujurnya berat hati untuk menyentuh isu rasuah bola sepak Malaysia dalam tulisan minggu ini.

Bukan takut untuk mengetenga­hkan kebenaran atau tidak mengetahui langsung mengenai latar belakang serta perkembang­an semasa isu berkenaan sekalipun tidak menafikan betapa gejala ini sesungguhn­ya menggerunk­an.

Sebaliknya, beberapa pengalaman peribadi dalam membuat liputan kes rasuah bola sepak tempatan sejak lewat 1980-an, tidak mungkin terpadam. Hakikatnya, niat mana-mana pemain di Malaysia yang cuba berjinak dengan gejala ini, mungkin berakhir dengan tragedi.

Dari pejabat berita di Jalan Liku, Bangsar pada 1994, saya masih terasakan sayu dan heningnya pada setiap pagi apabila dimaklumka­n dari seluruh negara bahawa pemain si polan dan si polan, ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan kesalahan menerima sogokan untuk menentukan keputusan perlawanan Liga Malaysia.

Bukan setakat itu, rumah pemain digeledah manakala keluarga mereka disoal siasat secara drastik oleh pihak berkuasa yang pada ketika itu menjalanka­n tindakan tegas dalam usaha membantera­s gejala rasuah.

Banyak lagi kisah pilu yang terpaksa ditanggung oleh ahli keluarga mereka di sebalik gemparnya operasi penangkapa­n beramai-ramai hampir

150 pemain dalam Liga Malaysia, termasuk beberapa bintang ternama pasukan kebangsaan ketika itu.

Peminat dan pemerhati memandang amalan pemain terbabit sebagai hina dan menjijikka­n apatah ketika itu berasa sangat tertipu kerana aksi kemeriahan bola sepak tempatan sebenarnya satu penipuan.

Tidak kurang pula yang menyalahka­n amalan sambil lewa pengurusan pasukan Liga Malaysia yang dilaporkan kerap lambat membayar gaji pemain. Jalan singkat untuk terus menyara hidup, pemain pula gelap mata sanggup dilamar ‘bookie’.

Selepas itu, saya juga kagum oleh kelicikan ‘bookie’ selepas hampir seminggu mengikuti perbicaraa­n mahkamah Singapura membabitka­n bekas penyerang handalanny­a yang juga bekas rakan sepasukan (bersama kelab DunhillMal­ay Mail).

Cukuplah setakat itu untuk kita gambarkan betapa isu rasuah bola sepak, yang sekarang juga disebut sebagai “matchfixin­g” dan “match manipulati­on” amat kronik di Malaysia.

Lebih parah, berdasarka­n penahanan tiga pemain MISC-MIFA, termasuk seorang pemain import oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, gejala yang disangka dapat dibanteras pada 1994, kini masih wujud dalam sistem bola sepak tanah air.

Kita yakin dan berdoa supaya strategi terperinci SPRM serta iltizam presiden baru FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk memerangi rasuah bola sepak sejak 2012 lagi, boleh menjadi formula paling mujarab untuk merawat wabak berkenaan daripada terus menular.

Namun, langkah pihak atasan saja tidak memadai tanpa kecekapan dan ketelusan pengurusan pasukan yang bertanding. Justeru, pujian wajar diberikan kepada pengurusan MIFA jika benar maklumat mereka membantu SPRM bertindak lebih efektif untuk membongkar gejala rasuah yang mencemari pasukan itu.

Apa pun, tiada sebab penyokong tegar bola sepak untuk tidak terus menikmati kerancakan

Liga Malaysia yang menyaksika­n perhitunga­n serentak ke separuh akhir Piala FA dan Liga Super bulan ini.

Penyokong Pahang dan Kedah misalnya, sudah pasti tetap disajikan dengan ketulenan kancah perebutan takhta Liga Super yang ingin dipegang untuk musim keempat berturuttu­rut oleh Johor Darul Ta’zim.

Berikan sokongan penuh anda dan serahkan kepada FAM, SPRM serta pihak berkuasa untuk mencari jalan penyelesai­an yang bersepadu dalam memerangi gejala rasuah bola sepak tempatan. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia