Harian Metro

SIAPA GANTI CHENG HOE?

-

Nampaknya suka atau tidak, penyokong Kedah perlu menerima hakikat mereka akan kehilangan Tan Cheng Hoe kerana jurulatih itu sendiri sudah membuat keputusan untuk menerima tawaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Cuma yang kini menjadi teka-teki adalah siapa yang akan menggantik­an Cheng Hoe?

Rata-rata penyokong bimbang Kedah tersalah pilih jurulatih seperti berlaku ke atas beberapa pasukan musim ini. Jurulatih import terbukti belum mampu menjamin kejayaan seperti terjadi di Pulau Pinang dan Melaka United.

Antara nama yang disebut-sebut sebagai calon jurulatih baru Kedah adalah penolong Cheng Hoe sekarang, Nidzam Adzha Yusoff, bekas jurulatih kecergasan pasukan itu, Ramon Marcote dan bekas jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang.

Antara tiga calon ini, penyokong nampaknya lebih teruja untuk melihat Marcote kembali ke pangkuan Kedah selepas meninggalk­an pasukan itu pada akhir musim 2015.

Ini kerana jurulatih dari Sepanyol itu dianggap orang yang bertanggun­gjawab memperkena­lkan corak permainan ‘tiki-taka’ yang diperagaka­n Kedah sekarang.

Malah, beliau adalah bekas jurulatih remaja Atletico Madrid yang melahirkan pemain seperti Sergio Aguero dan David de Gea.

Di samping itu Marcote dikatakan memiliki lesen kejurulati­han UEFA Pro A dan Master Degree dalam bidang sains sukan. Beliau juga dikatakan masih meneruskan pengajian peringkat PhD.

Jadi dengan kelayakan serta pengalaman yang dimiliki, Marcote dianggap calon paling layak berbanding Nidzam dan Kiatisuk.

Spy Bola: Hilang tak berganti.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia