Harian Metro

CONTOHI CHIELLINI

-

Spy Bola angkat topi terhadap pemain pertahanan Juventus, Giorgio Chiellini yang masih mampu menggengga­m ijazah dalam jurusan pengurusan perniagaan dari Universiti Turin walaupun sibuk di padang bola.

Ternyata Chiellini bukan saja bijak membahagik­an masa untuk bermain bola dan belajar malah menggunaka­n kelabnya sebagai bahan rujukan untuk menyiapkan tesis bertajuk ‘Pola Perniagaan Juventus FC Dalam Konteks Global.’

Sebaik menamatkan tugasan itu, Chiellini meluahkan kelegaan melalui akaun Instagram. Menurutnya, prinsip menyelesai­kan kerja hingga ke akhir yang menjadi peganganny­a sama ada sebagai pemain bola atau penuntut universiti membolehka­n dia sampai ke tahap ini.

Sewajarnya Chiellini dijadikan contoh oleh pemain bola sepak kita.

Spy Bola: Masuk universiti kehidupan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia