Harian Metro

Cetak semula album popular

-

Keadilan (Lefthanded), Hukum Karma (Wings) dan Belenggu Irama (Wings).

Terbaru, Zaharul bakal menerbitka­n vinyl album Search iaitu Fenomena yang akan dipasarkan bulan depan.

Sebelum ini, album berkenaan dipasarkan dalam format cakera padat (CD) yang menjalani proses remasterin­g semula di Amerika Syarikat. Ia yang dicetak 1,000 unit habis dijual dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Zaharul berkata, tujuan dia memasarkan semula album berkenaan dalam format vinyl kerana mahu memberi peluang kepada peminat memiliki vinyl penyanyi atau band kegemaran mereka yang sebelum ini hanya boleh dimiliki dalam bentuk kaset atau CD.

“Bunyi daripada vinyl pula lebih kepada bunyi yang asal iaitu analog dan ia memang disukai pengumpul tegar vinyl.

“Kebanyakan vinyl yang saya keluarkan adalah ‘reissue’ dan harganya jauh lebih murah daripada vinyl asal yang boleh mencecah ribuan ringgit,” katanya.

Menurutnya, semua vinyl berkenaan dicetak semula di Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun.

Ia diedarkan syarikat milik Zaharul iaitu Dream Studio. Selain menerbit semula album tempatan dalam format vinyl, Dream Studio turut menjual pelbagai CD dan kaset artis tempatan serta antarabang­sa yang sukar didapati di kedai muzik biasa.

Ia turut menjual pelbagai barangan ‘collectibl­es’ dan eksklusif serta diminati ramai seperti Star Wars, Marvel dan DC Comics.

Dalam pada itu, sempena Konsert Wings & Superfrien­ds - Belenggu Irama di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Dream Studio turut menjual vinyl album sulung Wings iaitu Belenggu Irama.

Vinyl album berkenaan yang dicetak sebanyak 900 unit itu hadir dalam format empat warna iaitu biru, hijau, merah dan hitam.

“Sebanyak 140 keping vinyl edisi biru habis dijual pada dua malam pertama konsert itu. Kami juga menyerahka­n vinyl Belenggu Irama edisi biru kepada anggota Wings yang bermain untuk album itu iaitu Awie, Syam, Eddie dan Black.

“Ia sebagai penghargaa­n kepada Wings sempena ulang tahun ke-30 album berkenaan,” katanya.

Zaharul berkata, vinyl berkenaan turut dijual secara eksklusif sempena Record Store Day yang disambut di seluruh dunia pada 22 April ini.

Dream Studio adalah antara dua kedai muzik di Malaysia yang terpilih menyertai Record Store Day bagi menjual vinyl yang eksklusif.

Dream Studio juga melangkah setapak lagi apabila bakal menerbitka­n album terbaru Search yang dijangka berada di pasaran tahun ini.

Zaharul berkata, pihaknya sudah mendapat persetujua­n anggota Search untuk menghasilk­an album terbaru mereka selepas album terakhir, Gothik Malam Edan pada 2006.

“Ini adalah album terbaru Search selepas 11 tahun. Search kini dalam proses menghasilk­an lagu dan dijangka memasuki studio dalam masa terdekat ini.

“Kita belum memilih penerbit lagi. Kemungkina­n Datuk M Nasir dan beberapa orang lagi. Kita juga tidak mahu terburu-buru kerana mahu memastikan album Search kali ini betul-betul berkualiti dan mantap,” katanya.

 ??  ?? BERSAMA Kid (kanan) dan Nasir dari Search.
BERSAMA Kid (kanan) dan Nasir dari Search.
 ??  ?? ZAHARUL ketika penyerahan vinyl album Belenggu Irama, baru-baru ini.
ZAHARUL ketika penyerahan vinyl album Belenggu Irama, baru-baru ini.
 ??  ?? SEARCH bakal tampil dengan album terbaru tahun ini.
SEARCH bakal tampil dengan album terbaru tahun ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia