Harian Metro

Statham lucu ditampar Mirren

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Babak paling diingati dalam

Fate of the Furious

Tentunya filem Fate of the Furious (Fast 8) menjadi filem yang begitu dinantikan peminat filem francais permotoran ketika ini.

Bagi peminat setia filem ini, karakter Deckard

Shaw lakonan hebat Jason Statham tentunya sentiasa diingat.

Bagi Statham yang ditemui BLING! di

Beijing, China, baru-baru ini, sedikit sebanyak kehadirann­ya dalam filem siri kelapan ini mengubah persepsi penonton terhadap karakter beliau.

“Kalau ada yang sudah menonton filem Fate of the Furious, tentunya anda akan dapat melihat sendiri transforma­si karakter Deckard yang kini turut serta dalam kumpulan Dom,” katanya.

Ditanya mengenai pengalaman­nya beraksi dalam beberapa babak pertarunga­n dengan Dwayne Johnson, dia sememangny­a mahu ia nampak bersahaja.

“Kami cuba sebaik mungkin untuk memastikan tiada kecederaan berlaku, tetapi yang pasti, ia perlu nampak semula jadi dan tidak dibuat-buat.

“Untuk melakonkan babak pertarunga­n dengan baik, kami juga perlu ada sedikit ilmu asas dalam seni bela diri.

“Pada masa sama, saya juga perlu tahu ketepatan masa dan sebagainya kerana tidak mahu terkena penumbuk besarnya!” katanya sambil tersenyum

Ditanya mengenai hubungan baiknya dengan pelakon Asia, Jet Li, Statham akui sentiasa mengagumi kemampuan pelakon itu baik dalam dunia lakonan, mahupun seni bela diri.

“Ramai pelakon mampu memberikan lakonan yang terbaik, tetapi kalau ia berkaitan aksi fizikal, serahkan saja semuanya kepada Jet Li.

“Dia bukan sahaja mampu memberikan ekspresi dalam lakonan, tapi juga bermain emosi,” jelas Jason lagi.

Statham berkata, selain filem aksi, dia juga peminat setia karya berunsur komedi.

“Keghairaha­n saya adalah sebagai pelakon filem aksi dan memang itu ada dalam jiwa saya. Namun, saya juga peminat filem komedi,” katanya.

Bercerita mengenai babak yang dirasakann­ya lucu dan paling diingati dalam Fate of the Furious, Statham berkata, babak ketika dia bersama ‘ibu’, lakonan Helen Mirren sentiasa mencuit hatinya.

“Babak saya ditampar oleh Helen memang antara babak lucu yang mencuit hati. Beberapa kali babak itu diulang dan saya ditampar berkali-kali oleh Helen.

“Dalam babak itu juga, kita dapat melihat bagaimana seseorang lelaki akan kalah kalau berdepan dengan ibunya. Satu lagi sisi lain yang dipaparkan dalam karakter Deckard,” katanya.

 ??  ?? Ramai pelakon mampu memberikan lakonan yang terbaik, tetapi kalau ia berkaitan aksi fizikal, serahkan saja semuanya kepada Jet Li
Ramai pelakon mampu memberikan lakonan yang terbaik, tetapi kalau ia berkaitan aksi fizikal, serahkan saja semuanya kepada Jet Li
 ??  ?? MIRREN bersama pengarah, F Gary Gray (kiri) dan pelakon, Tyrese Gibson.
MIRREN bersama pengarah, F Gary Gray (kiri) dan pelakon, Tyrese Gibson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia