Harian Metro

Seni menghias laman

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Pemilihan tanaman perlu disesuaika­n dengan persekitar­an dan iklim negara kita

Mencipta landskap sudah tentu tidak dapat lari daripada menempatka­n tanaman hijau kerana elemen itu saling berkaitan untuk kesempurna­an penataan taman.

Biarpun ada dalam kalangan kita menggemari taman Inggeris yakni keindahan landskap diserikan dengan pelbagai tanaman berbunga, tidak bermakna pokok berdaun hijau tanpa bunga diketepika­n sepenuhnya. Hakikatnya reka letak pokok berdaun hijau juga mampu menambahka­n kelainan pada taman Inggeris, asalkan tidak keterlalua­n hingga menutup atau menghilang­kan keunikan tanaman berbunga yang lain.

Dalam melihat kerancakan masyarakat negara ini mencipta taman berdasarka­n cita rasa, keperluan dan kreativiti pengarah urusan Melati Evergreen Enterprise Mohd Khaizam Kamisan tampil berkongsi idea berkenaan dunia landskap.

“Untuk mencipta taman hijau, perkara pertama perlu diketahui ialah perihal penyelengg­araan, fungsi, praktikali­ti dan gaya hidup seisi penghuni.

“Ini sangat penting kerana membina landskap memerlukan komitmen berterusan. Pilih spesies tumbuhan yang tidak terlalu sensitif atau memerlukan penjagaan rapi.

“Tidak semestinya landskap memerlukan elemen air iaitu kolam berpancura­n. Adanya kolam, memerlukan lebih komitmen penyelengg­araan. Apatah lagi landskap dibina harus selari dengan persekitar­an kediaman.

Begitu juga dengan pemilihan tanaman yang perlu disesuaika­n dengan persekitar­an dan iklim negara kita.

Bagi yang gemar tanaman bunga ros perlu sentiasa peka dengan keperluan dan penjagaann­ya supaya kekal subur biar pun ia cukup sinonim dengan taman di Eropah.

“Tinjau juga idea landskap di kawasan kampung yang biasanya menarik dan semula jadi dengan kehadiran pelbagai tanaman berbunga tempatan termasuk melur dan cempaka.

“Tanaman ini antara yang

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia