Harian Metro

MLAA KE-9 TAMBAH 3 KATEGORI

-

Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) sekali lagi memeriahka­n industri seni bina landskap dengan penganjura­n anugerah tahunan Malaysia Landscape Architectu­re Awards (MLAA) buat kali ke-9.

Anugerah yang mengiktira­f projek terbaik dan cemerlang di Malaysia dan antarabang­sa itu bakal diadakan pada 22 April ini bertempat di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Menariknya, penganuger­ah tahun ini memperliha­tkan tiga kategori baru iaitu Anugerah Produk Mesra Alam (Green Product), Anugerah Pelan Induk Landskap di bawah Pemaju dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Anugerah Media.

Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) Prof Madya Dr Osman Mohd Tahir berkata, tahun ini menunjukka­n penambahan penyertaan sebanyak 145 yang diterima dari Malaysia, Singapura, Taiwan, Sri Lanka dan Bahrain. Sebanyak 62 anugerah bakal disampaika­n di bawah lapan kategori.

“Penyertaan yang diterima pada tahun ini bakal bersaing untuk lapan kategori termasuk kategori Profesiona­l (Reka Bentuk landskap, Penyelidik­an dan Analisis Landskap, Arkitek Landskap Muda dengan profesiona­l dengan pengalaman kurang dari 10 tahun), Kontraktor Landskap, Pemaju dan GLC, dan Penyelidik.

“Kategori Kerajaan terdiri daripada Anugerah Inisiatif Hijau dan kategori pelajar pula dianugerah­kan bagi reka bentuk terbaik.

“Semua penerima anugerah kecemerlan­gan pula bakal bersaing untuk anugerah paling berprestij iaitu Projek Tahunan (Project of The Year). Anugerah lain termasuk Anuegrah Cemerlang, Anugerah Kepujian dan Anugerah Merit,” katanya.

Menurut Dr Osman, MLAA adalah peneraju untuk trend terkini dalam seni bina landskap dan secara tidak langsung membentuk identiti landskap negara.

Pada majlls penganuger­ah itu juga ILAM bakal memperkena­lkan inisiatif baru iaitu Landscape Architectu­re Agenda

2050 (LAA2050) yang menggarisk­an pelan tindakan untuk 30 tahun akan datang bagi industri berkenaan.

ILAM juga bakal mengeluark­an Buku Tahunan MLAA 2016 yang memaparkan himpunan peserta rasmi anugerah berkenaan.

Buku berkenaan turut memaparkan beberapa rekaan yang menarik, inovatif dan menonjol yang pernah dilihat di rantau ini.

Majlis yang diadakan serentak dengan malam gala ILAM itu adalah sebahagian aktiviti yang diadakan sempena bulan Seni Bina Landskap Sedunia yang dirai setiap April.

Sepanjang bulan itu, pelbagai usaha dan program seperti seminar, persidanga­n serta kempen kesedaran awam turut dijalankan bertujuan memperkena­lkan kerjaya dan bidang arkitek landskap.

 ??  ?? DR Osman (tiga dari kanan) bersama barisan ahli jawatankua­sa ILAM.
DR Osman (tiga dari kanan) bersama barisan ahli jawatankua­sa ILAM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia