Harian Metro

Kediaman telus pandang

- Susunan Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Kediaman dua tingkat di Itali ini dibina pasukan arkitek dari Modostudio dengan kemasan bingkai kaca pada dinding secara langsung membenarka­n pemandanga­n saujana indah ladang anggur di depan mata.

Dari jauh kediaman itu kelihatan bagaikan kabin tepi gunung dan membuatkan kawasan sekitar yang dinamakan Italy Adige Valley menarik perhatian.

Idea arkitek Modostudio yang mereka bentuk kediaman itu di kawasan pergununga­n terpencil dengan keluasan 141 meter persegi berdekatan dengan Bozan di Alps of South Tyrol.

Lebih menarik kediaman itu mempunyai reka bentuk bumbung terbalik selain hanya batubatuan menjadi sempadan dinding, sekali gus mewujudkan suasana telus pandang pada ruang.

Dinding selebihnya terdiri daripada anak tetingkap besar kaca yang mempunyai bingkai hitam.

Dilihat dari segenap penjuru kediaman, seluruh kawasan pergununga­n itu menawarkan dataran ladang anggur sepenuhnya.

Menurut kenyataan arkiteknya, landskap juga diberi keutamaan supaya binaan kediaman itu mempunyai kesinambun­gan antara bahagian luar dan dalaman.

Ia jelas kelihatan pada kotak surat di luar rumah yang diperbuat sepenuhnya daripada keluli dan berdinding kaca.

“Kediaman ini ini mempunyai pemandanga­n indah berlatarka­n ladang anggur di bahagian bawah.

“Sementara di bahagian atas pemandanga­n Adige Valley dan dari jauh pula kelihatan Gunung Tessa,” katanya.

Dalam memanfaatk­an keindahan landskap luar, tidak hanya material seni

Kemasan bingkai

kaca pada dinding bolehkan penghuni nikmati pemandanga­n indah

bina seperti kaca diberi tumpuan.

Malah, arkiteknya turut membina keseluruha­n dapur dan ‘lounge ‘di tingkat atas dengan kemasan kayu selain dihubungka­n menerusi binaan dek.

Secara tidak langsung elemen natural dan semula jadi dapat dinikmati sepenuhnya sebaik penghuni serta tetamu berada di sekitar atau dalam kediaman itu.

Sebuah tangga terletak di belakang dapur pula tidak kurang menariknya selain kewujudan bilik tidur utama, bilik mandi, sebuah pejabat dan sauna.

Modostudio mengamalka­n pelbagai disiplin seni bina, perancanga­n bandar dan reka bentuk perindustr­ian.

Malah, Modostudio turut menggabung­kan teori seni bina, penyelidik­an, inovasi dan eksperimen dengan pengetahua­n teknikal yang tinggi dan profesiona­l.

Ia ditubuhkan pada akhir tahun 2006 oleh tiga arkitek utama iaitu Fabio Cibinel, Roberto Laurenti, dan Giorgio Martocchia.

Selepas bertahunta­hun bekerjasam­a dengan arkitek yang diiktiraf antarabang­sa seperti Massimilia­no Fuksas, Piero Sartogo, Erik Van Egeraat dan Kas Oosterhuis, Modostudio dalam masa yang singkat mendapat pengiktira­fan dan disenarai pendek dalam pertanding­an seni bina antarabang­sa.

Malah, hasil seni Modostudio pernah dipemarkan di 13 Architectu­re Biennale di Venice dan di Expo Shanghai 2010 di Pavillion Itali.

 ??  ?? BERSANTAI di ruang tamu bagaikan berehat
di kaki gunung.
BERSANTAI di ruang tamu bagaikan berehat di kaki gunung.
 ??  ?? KEMASAN kaca pada dinding kediaman ini membenarka­n pemandanga­n luar disaksikan
sepenuhnya.
KEMASAN kaca pada dinding kediaman ini membenarka­n pemandanga­n luar disaksikan sepenuhnya.
 ??  ?? SELAIN kaca, kayu antara yang dominan di kediaman ini.
SELAIN kaca, kayu antara yang dominan di kediaman ini.
 ??  ?? PEMANDANGA­N luar juga dapat dilihat dari bilik tidur.
PEMANDANGA­N luar juga dapat dilihat dari bilik tidur.
 ??  ?? KEINDAHAN
landskap semula jadi dari ruang
dapur.
KEINDAHAN landskap semula jadi dari ruang dapur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia