Harian Metro

Kenali tumbuhan herba

- Rodly Fadly rencana@hmetro.com.my

Melangkah masuk ke Taman Mini Herba Chembong yang terletak bertentang­an Balai Bomba Rembau, Negeri Sembilan, hati bukan sahaja terpaut dengan keindahan landskapny­a, malah tertarik melihat pelbagai jenis tumbuhan herba ditanam di situ.

Walaupun kawasannya agak terhad, kreativiti pemiliknya, Zainab Mohd Ali memanfaatk­an setiap inci tanah menjadikan taman itu benar-benar hidup dengan suasana hijau menenangka­n.

Terdapat juga tiga wakaf dan sebuah kafe untuk pengunjung bersantai sambil menikmati minuman kopi secara percuma.

Namun, tarikan utama untuk mengunjung­i taman itu adalah bagi melihat pelbagai tumbuhan herba ditanam di situ.

Terdapat kira-kira 80 jenis tumbuhan herba, antaranya gandarusa, lantana, lemuju, sambung nyawa, senduduk putih, kemunting, tembaga suasa, cepupu, putat, nam nam, mentega, mas cotek, cekur

Taman Mini Herba Chembong

beri maklumat

berguna

hitam, keladi tikus dan tapak leman.

Jika selama ini kita hanya kenal pada nama, namun kesempatan berkunjung ke situ membolehka­n orang ramai mengenali tumbuhan herba itu secara lebih dekat.

Apatah lagi kebanyakan tumbuhan herba yang ditanam itu sukar ditemui, malah hampir pupus menjadikan ia sebagai warisan sangat berharga.

Sambil bersantai menikmati suasana damai, kunjungan ke Taman Mini Herba memberi banyak manfaat terutama yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai herba.

Ia sangat bertepatan dengan konsep diinginkan Zainab yang mahu menjadikan taman itu bukan sahaja sebagai tempat bersantai, malah memberi pengetahua­n kepada pengunjung.

Zainab berkata, dia bersama suami, Kapten

(B) Zainal Abidin Ali, mengambil inisiatif mewujudkan taman itu sebagai usaha mempertaha­nkan tumbuhan warisan nenek moyang kita daripada lupus ditelan zaman.

Pada masa sama, mereka mahu mendidik masyarakat terutama generasi muda supaya lebih mengenali dan memahami fungsi tumbuhan herba yang sekian lama popular sebagai ulam-ulaman serta bahan asas produk kecantikan serta kesihatan tradisiona­l.

“Idea mewujudkan taman mini ini tercetus selepas kami mengusahak­an kilang pengeluara­n produk tradisiona­l berasaskan herba yang terletak bersebelah­an.

“Ia bertujuan memberi lebih pemahaman kepada pelanggan kami berkenaan fungsi penggunaan herba sebagai bahan asas bagi produk yang kami hasilkan.

“Jadi dengan wujudnya taman ini, kami bukan sekadar dapat memberi penerangan, malah menunjukka­n kepada mereka rupa bentuk tumbuhan herba itu.

“Selain pelanggan dan orang awam, ada juga penuntut institusi pengajian tinggi yang datang untuk membuat kajian berkenaan tumbuhan serta fungsi herba,” katanya.

Menurut Zainab, dia memilih konsep taman bagi mempromosi tumbuhan herba sebagai salah satu cara menarik perhatian pengunjung kerana ia itu dilihat lebih efektif.

“Sebenarnya ramai orang kita terutama generasi muda tidak berminat untuk mengambil tahu berkenaan herba padahal ia adalah warisan kita dan mengandung­i pelbagai khasiat.

“Jadi, dengan wujudnya taman ini, secara tidak langsung menarik kedatangan seisi keluarga ke sini. Mungkin tujuan asal mereka sekadar untuk bersantai, namun selepas berada di dalam taman ini, mereka mula menunjukka­n minat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan tumbuhan herba,” kata Zainab.

Taman Mini Herba Chembong dibuka setiap hari kepada pengunjung mulai 10 pagi hingga 4 petang tanpa dikenakan sebarang bayaran.

 ??  ??
 ??  ?? 1. TAMAN Mini Herba Chembong
mengumpul kira-kira 80 jenis tumbuhan herba.
2. WAKAF untuk bersantai turut
disediakan.
3. ZAINAB menunjukka­n sebahagian
tanaman herba yang diusahakan­nya.
1. TAMAN Mini Herba Chembong mengumpul kira-kira 80 jenis tumbuhan herba. 2. WAKAF untuk bersantai turut disediakan. 3. ZAINAB menunjukka­n sebahagian tanaman herba yang diusahakan­nya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia