Harian Metro

Suntik budaya Afrika

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Corak tersendiri Savanah untuk wanita moden sempena lebaran

Diilhamkan oleh tenaga, kecergasan warna dan cetakan Afrika yang disuntik dalam tema koleksi lebaran Jovian Mandagie, ternyata koleksi pereka itu dalam kelasnya tersendiri.

Kolaborasi antara destinasi fesyen dalam talian di Asia, Zalora, Jovian menampilka­n Savannah yang diilhamkan daripada unsur rumit budaya Afrika. Pereka itu memberikan sentuhan cetakan dan palet warna tanah yang sering dilihat pada fabrik tradisiona­l Afrika.

Savannah - koleksi yang kaya dengan corak tersendiri dan warna berani untuk kelihatan tidak konvension­al.

Bersandark­an pada hiasan terang dan perincian manik, koleksi itu direka bentuk gaya baju kurung moden dengan panel simetri, mendedah sebelah bahu, gaun berlapis, dan pelbagai rekaan unik dan sofistikat­ed.

Savannah juga menampilka­n penggunaan fabrik seperti crepe, satin berat, kapas campuran, organza dan renda dalam rona hijau, merah jambu, kelabu, dan coklat.

Menurut Jovian, koleksi itu menampilka­n 40 gaya berani dan cantik untuk wanita moden lebaran ini.

“Saya sentiasa mahu untuk mereka bentuk sesuatu yang berbeza pada setiap musim dan koleksi ini memberikan kesan unik berbanding rekaan saya sebelum ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia