Harian Metro

Simbol wanita berani

-

Koleksi musim bunga dan panas 2017 ambil inspirasi pelbagai negara, budaya

global diguna pakai untuk lebih 2,000 kedai di seluruh dunia.

Konsep yang dimulakan sejak tiga tahun lalu memperliha­tkan reka bentuk butik lebih luas dengan warna dan pencahayaa­n yang lebih baik mewakili barang kemas jenama itu.

“Kami menggunaka­n susun atur kedai untuk menjadikan­nya lebih menarik. Kami mahu semua pelanggan termasuk lelaki yang mengunjung­i butik berasa selesa.

“Pelanggan juga dapat merasai pengalaman membeli-belah yang menyeronok­kan dengan bantuan kakitangan butik,” katanya.

Selain kempen dan pelancaran butik baru, Pandora turut memperkena­lkan koleksi musim bunga dan panas 2017 dengan mengambil inspirasi daripada pelbagai negara dan budaya.

Koleksi musim itu juga menawarkan pelbagai rekaan berwarna-warni dengan elemen bunga-bungaan dan metalik bersesuaia­n musim bunga selain warna biru laut yang membawa kepada musim panas.

Selain itu, koleksi Rose turut menjadi tarikan memandangk­an ia diterima baik di pasaran Malaysia.

Mengenai butik Pandora terbaru, Pengarah Urusan Pandora Malaysia dan Brunei Datin Seri Zarida Noordin berkata, perjalanan jenama itu di negara ini ternyata di luar jangkaan.

“Perjalanan ini juga membuat saya terharu kerana kami mendirikan kiosk pertama Pandora di pusat beli-belah yang sama hampir tujuh tahun lalu.

“Kini, kami memiliki sebuah butik di sini dan 33 kedai di Malaysia serta dua lagi di Brunei,” katanya.

 ??  ?? MODEL memperagak­an barang kemas keluaran Pandora.
MODEL memperagak­an barang kemas keluaran Pandora.
 ??  ?? ANTARA barang kemas keluaran Pandora.
ANTARA barang kemas keluaran Pandora.
 ??  ?? MADSEN (tengah) bersama Pengerusi Pandora Malaysia & Brunei Darussalam Datuk Seri Meer Habib (kanan) dan Zarida memotong reben ketika pelancaran butik Pandora di Pavilion, Kuala Lumpur.
MADSEN (tengah) bersama Pengerusi Pandora Malaysia & Brunei Darussalam Datuk Seri Meer Habib (kanan) dan Zarida memotong reben ketika pelancaran butik Pandora di Pavilion, Kuala Lumpur.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia