Harian Metro

Sentuhan baru fesyen klasik

-

kebaya iaitu Diane Kebaya Klasik dan Diane Kebaya Peplum, ia menampilka­n sisi anggun dan sopan pemakainya malah rekaan polos dan tanpa corak yang sarat menjadikan busana itu tampak eksklusif.

Menurut Farah, selain kebaya, dua koleksi lain yang dihasilkan iaitu jaket Victoria Signature dan sut Yvonne yang juga keluaran terkini butik itu.

Setiap rekaan itu mempunyai keunikan tersendiri kerana boleh digayakan dalam pelbagai cara suai padan bersama blaus, seluar dan kain mengikut cita rasa pemakai.

Selain itu, ia juga sesuai untuk dipakai sama ada ke majlis formal ataupun santai malah ciri versatil dan praktikal amat diutamakan dalam setiap rekaan.

“Idea rekaan ini terhasil daripada sumber semula jadi flora dan fauna, reka bentuk bangunan, pemandanga­n serta gabungan idea dan penyelidik­an kreatif kumpulan Fabulous Heejab.

“Segala hasil pencarian itu diolah, diberikan sentuhan inovasi mengikut kesesuaian fesyen dan lebih sopan untuk menerap ciri Muslimah,” katanya.

Dari segi pemilihan warna pula katanya, warna pastel dipilih kerana ia menjadi kesukaan pelanggan setia jenama itu.

Namun katanya, warna terang dan gelap masih digunakan untuk tampak elegan dan ekslusif.

“Diane Kebaya Klasik, Diane Kebaya Peplum dan jaket Victoria Signature sudah dikeluarka­n pada 2016. Disebabkan permintaan tinggi tahun lalu, kami membuat keluaran kedua pada tahun ini buat ketiga-tiga koleksi terbabit dengan penambahba­ikan setiap rekaan.

“Lebih penting, kami sentiasa menitikber­atkan perincian seperti zip penyusuan yang direka khas bagi golongan ibu untuk keselesaan ketika menyusukan bayi berserta zip pada bahagian lengan untuk memudahkan pengambila­n wuduk,” katanya.

Dijual pada harga kurang RM150, koleksi ini boleh didapati di butik Fabulous Heejab di 21A, Jalan Plumbum Q7/Q Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam.

Menurut tiga beradik itu, mereka berhasrat membawa nama jenama itu ke peringkat antarabang­sa selain berkolabor­asi bersama pereka tanah air, membabitka­n diri dengan program amal, membuat pertunjuka­n fesyen di dalam dan luar negara bagi menguatkan jenama yang bermula sejak 2012 itu.

Koleksi butik itu juga boleh didapati menerusi laman web www.fabuloushe­ejab. com atau Instagram @ fabuloushe­ejab dan Facebook Fabulous Heejab Boutique.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia